Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Senin, 06 Agustus 2012


Pengenalan
Salah satu bidang ‘imu yang sangat dominan dipelajari di pondok-pondok di Fathoni ialah Usuluddin. Bersama-sama dengan Fiqh, Tasawwuf dan Bahasa ‘Arab, ‘ilmu ini bukan sahaja menjadi antara mata pelajaran wajib di pondok-pondok di Fathoni, malah termasuk yang sangat penting dan utama. Kerananya, maka tidak hairan, jika ramai ‘ulama Fathoni dan para santrinya sangat getul mempelajari ‘imu ini dan malah menjadi juara atau jaguh dalam bidangnya. Antara tokoh ‘ulama Fathoni yang dikenal sangat ahli dalam bidang ini ialah Syeik Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni, Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustapha al-Fathoni, Pak da ‘Eil Fathoni atau Syeikh Wan Isma’il bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathoni, Haji Ahmad bin ‘Abdul Wahab al-Fusani dan lain-lain. Termasuk dalam senarai yang sama juga ialah seorang ‘ulama mutakhir Fathoni bernama Haji ‘Abdul Qadir bin Wangah yang banyak menulis kitab-kitab Usuluddin jawi pada penghujung abad ke 20 ini. Kita ikuti tarajim ‘Ulama yang aqrab disapa dengan panggilan Haji Dir Sekam atau – dikalangan yang lebih muda – ayah Dir Sekam ini.

Biodata Sheikh Abd al-Qadir Hj Wangah
Nama lengkap Haji Dir sepeti yang tertulis pada kitab-kitab karangannya  ialah Haji Abd al-Qadir bin Haji Wangah bin Abd al-Latif bin Othman. Beliau dilahirkan di kampung Sekam, Palas, Patani pada tahun 1937.
Pendidikan awal beliau bermula di pondok Balur tidak jauh dari kampung kelahirannya. Beliau belajar dengan seorang ulama bernama Haji Ahmad bin Muhammad Darawi yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Balur. Rakan-rakannya yang sama-sama belajar bersama beliau di sana ialah Haji Wan Nuh bin Wan Nawang Kelaba, Haji Mat Kubang Saman dan Haji Awang Qari Pengkalan Jong.
Selepas 4 tahun beliau belajar di sana, beliau telah berpindah dan belajar kepada Haji Ahmad Kubang Pasir, Binjai Lima. Namun selepas 2 tahun, gurunya itu telah meninggal dunia. Selepas kematian gurunya itu, beliau telah menyambung pengajiannya di pondok Perigi. Di sana beliau telah berguru dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abd al-Wahhab al-Fusani iaitu seorang tokoh ulama terkenal dalam bidang usuluddin, qiraat dan ilmu falak di Patani ketika itu.
Pada tahun 1949, beliau telah menyambung pengajiannya di Kelantan dengan berguru dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong yang merupakan seorang tokoh ulama terkenal dalam bidang Fiqh Syafie disana.
Ketika berada di Kelantan, Ayah Dir tidak hanya belajar di Bunut Payong sahaja, tetapi beliau juga belajar dengan ulama-ulama lain seperti Haji Muhammad Nur Ibrahim Penambang (merupakan Mufti Negeri Kelantan) dan Haji Ali Solahuddin Pulau Pisang di Masjid Muhammadi di bandar Kota Bharu.

Menuntut di Mekah
Ketika beliau menuntut di Kelantan beliau telah bertemu jodoh dengan seorang gadis Kampung Putih, Kota Bharu serta mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Azam.
Tidak berapa lama selepas mendapat seorang anak, Ayah Dir telah bercerai dengan isterinya lalu beliau kembali ke Fatani dan berkahwin kali ke-2 dengan Zainab binti Haji Abdullah Mayor. Pada tahun 1951 iaitu pada musim haji, beliau telah berangkat bersama isterinya ke Mekah untuk menyambung pelajarannya di sana.
Ayah Dir telah belajar selama 5 tahun di Mekah. Disana beliau telah berguru dengan ramai ulama di sana. Di antara mereka itu adalah Sheikh Wan Ismail bin Wan Abd al-Qadir al-Fatani (lebih dikenali dengan Pak Da Eil) yang telah membimbing beliau mahir di dalam bidang usuluddin dan ilmu alat (ilmu memahami bahasa arab seperti nahu soraf, balaghah dan mantiq). Di sana beliau lebih banyak berguru secara khusus atau dalam kumpulan kecil berbanding dalam halaqah yang besar.
Semasa di Makkah, beliau adalah seangkatan dengan tokoh-tokoh seperti Baba Wan Noh Kelaba, Haji Mat Kubang Saman, Haji Hussain Thusa, Pan Ndak ‘Eil Bendang Padang, Haji Hussain Kerasak, Haji Pak Chu Leh Bendang Jelapang, Haji Ramli Tandung, Haji Zakaria Becah, Haji Ismail Charik, Haji Ahmad Bendang Raya (Guru Pondok Pohon Sengkuang) dan lain-lain.
Selepas menuntut di Mekah, beliau telah pulang ke tanah air bersama-sama isterinya dan dua orang cahaya mata bernama Hafsah dan Ismail.

Sumbangan Ayah Dir Sekam
Sumbangan Ayah Dir Sekam sangat banyak. Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumbangan beliau dalam bentuk dakwah dan sumbangan beliau dalam bentuk karya-karya penulisan.

Sumbangan dalam bentuk dakwah
Sekembali Ayah Dir Sekam ke Fatani, beliau telah membuka pusat pengajian pondok yang diberi nama al-Ma`had al-Islami bertempat di kampung Waqaf Budi atau nama lainnya Selabudi, daerah Sekam, pekan Palas di Fatani.
Kerana keahliannya dalam bidang usuluddin, tidak hairanlah beliau lebih menumpukan dakwahnya dalam bidang tersebut. Menurut murid yang juga menantunya Tuan Guru Ghazali Ahmad, beliau mengajar kedua-dua kitab iaitu kitab jawi dan kitab arab.
Kitab usuluddin jawi, beliau selalu menggunakan:
  1. Kitab Faridah al-Faraid Fi Ilmi al-`Aqaid karangan Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani.
  2. Kitab Bakurah al-Amani li Irsyad `Awam Ahl al-Fatani karangan Ismail bin Abd al-Qadir al-Fatani.
  3. Kitab Siraj al-Huda pada menyatakan Akidah Ahl al-Taqwa karangan Sheikh Muhammad Zain al-Din bin Muhammad Badwi al-Sambawi.
  4. Kitab Akidah al-Najin fi Ilmi Usul al-Din karangan Sheikh Zain al-`Abidin bin Muhammad al-Fatani dan lain-lain.
Kitab usuluddian arab pula, beliau menggunakan:
  1. Kitab Baijuri Syarah Matan al-Sanusi
  2. Kitab Dusuki
  3. Kitab Kifayatul `Awam
  4. Matan Jauharah al-Tauhid
  5. Syarqawi `ala al-Hudhudi
  6. Fath al-Majid dan lain-lain
Selain daripada usuluddin beliau mengajar kitab Fiqh daripada kitab kecil seperti Fath al-Qarib syarah Matan Ghayah Wa al-Taqrib hinggalah kepada kitab yang besar seperti Fath al-Wahhab, al-Iqna dan Mahalli. Di samping itu beliau juga mengajar tafsir menggunakan kitab tafsir Al-Jalalain kemudian kitab Hasyiah Sowi `Ala Tafsir al-Jalalain sehingga yang paling tinggi adalah kitab al-Futuhat al-Ilahiah bi Taudhih Tafsir al-Jalalain li al-Daqaiq al-Khafiyyah (juga dikenali dengan Hasyiah Jamal).
Antara murid-murid yang telah dilahirkan di bawah didikannya adalah:
  1. Tuan Guru `Abdul Rahman Pauh Manis, Rakak. (Pengarang Kitab Khulasoh at-Tauhid)
  2. Tuan Guru Haji Husin Bendang Pedur
  3. Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang
  4. Tuan Guru Abdul Wahhab Chenak
  5. Tuan Guru Haji Ahmad Amanu
  6. Baba Ismail Kok Tat, Chenak
  7. Tuan Guru Haji Nujum, Chenak.
  8. Tuan Guru Abdullah kok Sumut, Narathiwat.
  9. Tuan Guru Abdurrahman Mat Rusa
  10. Tuan Guru Abdul Aziz Ismail (lebih dikenali dengan Baba Aziz) . Beliau merupakan menantu Ayah Dir.- Pengarang Kitab Misbah al-Munir
  11. Tuan Guru Haji Husin Ijok ( menantu Ayah Dir)
  12. Tuan Guru Haji Abdullah Merjum, Ijok.
  13. Baba Ismail Kampung Petai, Jaha.
  14. Baba Ghazali Ahmad. ( menantu Ayah Dir dan penggantinya sebagai mudir di pondoknya sekarang)
  15. Ustaz Hamzah, Pondok Tahfiz.
  16. Tuan Guru Haji Ismail Chemuan, Belukar Samak.
  17. Tuan Guru Haji Mat Pinis.
  18. Tuan Guru Haji Yusuf Kok Tal (mengasaskan pondok di kampung Tok Diang)
  19. Baba Muhammad Beruas (Digelar sebagai Anak Harimau Ayah Der Sekam)
Selain mengajar di pondoknya, Ayah Dir juga mengajar masyarakat awam di masjid-masjid, surau-surau dan balai raya sekitar tempat tinggalnya. Antaranya adalah masjid Jami` Bandar Fatani pada setiap hari jumaat. Beliau menggunakan kitab-kitab pondok seperti Faridah al-Faraid Fi Ilm al-`Aqaid, Bakurat al-Amani dan Siraj al-Huda di dalam bidang akidah. Manakala di dalam bidang fiqh pula beliau menggunakan kitab Kifayah al-Muhtadi, Maniyyat al-Musolli dan Matla` al-Badrin.

Sumbangan dalam bentuk karya penulisan
Ayah Dir adalah seorang pakar didalam bidang akidah Ahli Sunnah wa al-Jama`ah. Kepakaran beliau itu bukan hanya digunakan untuk mengajar kitab-kitab akidah yang telah ada pada zamannnya tetapi beliau juga telah mengarang kitab-kitab yang banyak dalam bidang terbabit. Kitab-kitabnya itu telah banyak diterbitkan di Fatani dan banyak digunakan di pondok-pondok di Fatani dan Malaysia sehingga kini.
Antara kitabnya yang tersebut itu adalah:

Mabda al-Fikrah Fi al-Maqulat al-`Asyarah. Risalah ini telah dikarang oleh beliau ketika menuntut di mekah pada 13 rabi`ul akhir 1374 hijrah bersamaan dengan 7 disember 1954 masihi. Risalah ini membahaskan mengenai ilmu mantiq yang berkaitan dengan akidah yang. Risalah ini telah dicetak dan dimasukkan di bahagian belakang kitab Mabhas al-Kalam Fi Ilm al-Kalam.

Mabhas al-Kalam Fi Ilm al-Kalam. Kitab ini telah siap dikarang oleh beliau pada 10 jamadil akhir 1374 hijrah bersamaan 1 februari 1955 masihi ketika beliau menuntut di Mekah. Kitab ini membincangkan mengenai ilmu akidah khusus berkaitan penerangan sifat-sifat ma`ani seperti sifat kalam, qudrat dan lain-lain.

Asas al-I`tiqad Li Dhu`afa al-Bilad.  Kitab ini telah selesai dikarang oleh beliau pada 14 syawal 1376 hijrah bersamaan 12 mei 1957 masihi semasa di Fatani selepas beliau pulang dari Mekah. Ini adalah sebuah kitab kecil setebal 24 halaman yang membincangkan mengenai asas-asas i`tikad yang wajib diketahui oleh setiap orang muslim yang mukallaf. Ia merangkumi 41 sifat yang berkaitan dengan ketuhanan (uluhiyyat) dan 9 sifat yang berkaitan dengan kerasulan (nubuwwat).

Cermin Suluhan Pada Menyatakan Hukum Sembelihan. Beliau telah selesai mengarang kitab ini pada 8 syawal 1377 hijrah bersamaan dengan 26 april 1958 masihi di kampung Wakaf Budi, Sekam. Kitab setebal 20 halaman ini membincangkan tentang hukum haram makan binatang sembelihan yang telah sampai kepada harakat mazbuh dengan yakin atau zhan atau syak serta terpancar-pancar darah atau mengelupur selepas itu.

Taqrib al-Ikhwan Fi Ta`lim `Aqaid al-Iman. Telah siap dikarang oleh beliau pada 3 zulhijjah 1378 hijrah bersamaan 8 jun 1959 masihi. Kitab setebal 32 halaman ini membincangkan akidah islam merangkumi segala sifat-sifat ketuhanan serta segala sifat-sifat rasul yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf. Ia juga menghuraikan sifat allah dengan lebih mendalam dengan penerangan istilah nafsiah, salbiah, ma`ani dan ma`nawiyyah. Kitab ini adalah antara kitab yang paling laris di pasaran sehingga diulang cetak sebanyak 18 kali

Tashil al-Dhu`afa Waradda Ba`du Aqwal al-Sufaha. Kitab ini telah siap dikarang pada akhir rejab tahun 1385 hijrah bersamaan November 1965 masihi. Kitab setebal 35 halaman ini membincangkan tentang i`tikad yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak yang baru hendak belajar ilmu agama orang-orang tua yang baru kembali hendak belajar. Ia juga membincangkan berkaitan rukun-rukun Islam  dan rukun iman. Antara lain yang dibincangkan di dalam kitab ini juga adalah berkaitan istilah dan penerangan hukum aqal, hukum adat dan hukum syarak. Pada bahagian akhir kitab ini beliau telah menasihatkan kepada masyarakat supaya jangan mengambil sikap tidak peduli kepada hal-hal berkaitan agama dan perkara akhirat.

Ta`lim al-Aulad Fi Zikr Ba`du Aqwal al-`Ibad. Kitab ini telah selasai dikarang oleh beliau pada 3 muharram 1387 hijrah bersamaan 11 april 1967 masihi. Kitab setebal 26 halaman ini membincangkan tentang hal-hal berkaitan hati yang perlu dijauhi serta beberapa pengajaran untuk menggerakkan seseorang hamba kepada membanyakkan amal kepada Allah. Di dalam kitab ini juga beliau menyeru supaya membanyakkan amal ibadat untuk persediaan akhirat yang akan ditempuh oleh setiap orang nanti. Beliau telah menyatakan pada awal kitab ini bahawa karangan beliau ini banyak bersuberkan daripada kitab Daqaiq al-Akhbar. 

Tabyin Kazb al-Muftari Fima Yata`allaqu Bi al-Bari. Kitab ini telah siap dikarang oleh beliau pada akhir muharram 1388 hijrah bersamaan dengan 26 april 1968 masihi. Kitab setebal 40 halaman ini dikarang oleh beliau untuk menjawab dan menolak semula kitab yang telah dikarang oleh seorang guru yang telah membuka sekolah berdekatan kampungnya.
Orang yang dimaksudkannya itu adalah haji Wan `Ali al-Jambuwi yang telah mengarang kitab “ Matahari Pencerahan Pada Menghapuskan Keji Tuduhan”. Kitab ini telah dikarang untuk menolak 3 kitab iaitu Asas al-I`tiqad Li Dhu`afa al-Bilad, Taqrib al-Ikhwan Fi Ta`lim `Aqaid al-Iman dan Tashil al-Dhu`afa Waradda Ba`du Aqwal al-Sufaha yang telah dikarang oleh Ayah dir sebelum ini.
Didalam kitabnya ini, Ayah Dir telah menulis dan menjelaskan serta menolak berkaitan kekarutan dan fitnah tentang ‘mustahil qadim dan baru’ serta fitnah orang yang jahil tentang hukum akal serta fitnah orang yang tidak memahami tentang sifat kalam Allah.

Tazkirah Lizawi al-afkar Fima Yamur al-insan Min al-A`mar. Telah selesai dikarang pada 14 rabi`ul akhir 1389 hijrah bersamaan 28 jun 1969 masihi. Kitab setebal 33 halaman ini membincangkan berkaitan turutan proses yang akan dilalui oleh setiap insane bermula dari alam arwah, dihantar ke duni sehinggalah sampai ke akhirat samaada kekal di syurga atau kekal di neraka. Pada bahagian akhir kitab ini beliau meletakkan nasihat kepada anak-anak muda supaya berbekal untuk akhirat serta menjauhkan diri daripada hanya menjadi orang yang hanya berbekal untuk dunia sahaja.

Wasail Ilm al-kalam Ra’fah Wa Rahmat Li al-`Awam. Kitab ini telah siap dikarang oleh beliau pada 22 syawal 1392 hijrah bersamaan dengan 27 november 1972 masihi. Kitab setebal 23 halaman ini membincangkan dengan lebih lanjut tentang hukum akal serta sedikit istilah-istilah ulama usuluddin.

Risalah Manhaj ahl al-Sunnah. Risalah ini telah selesai ditulis pada 11 jamadil awal 1405 hijrah bersamaan dengan 1 februari 1985 masihi. Risalah setebal 47 halaman ini membincangkan mengenai pentafsiran ayat-ayat mutasyabihah yang terdapat didalam al-Quran. Ini adalah sebagai reaksi beliau terhadap pengajaran usuluddin para ustaz-ustaz muda lepasan timur tengah ketika itu amnya dan arab Saudi khususny. Ini dapat diketahui melalui mukaddimahnya: Amma ba`du, maka berkata hamba, adalah pada tahun hijrah 1404 bertalu-talu datang soalan daripada saudaraku yang kasih kepada ugama bersabit dengan firmannya ta`ala “ arrahman `ala `arsyistawa” …apakah murad dan tujuan daripada ayat itu?.

Irsyad al-Jawiyyin Ila Sabil al-`Ulama al-`Aamilin. Kitab ini telah selesai ditulis pada 18 zulkaedah 1409 hijrah bersamaan dengan 21 jun 1989 masihi. Kitab setebal 32 halaman ini membincangkan berkaitan nasihat-nasihat kepada anak muda, kelebihan ilmu usuluddin, pesanan supaya jangan terkeliru dengan pengikut-pengikut Muhammad bin Abdul wahhab, mauled, masalah tawassul dan tabarruk, tentang pemahaman ulama berkaitan ayat mutasyabihah, permasalahan ta`wil serta penerangan berkaitan musyabbihah dan mujassimah.

Meninggal Dunia
Haji Der tutup usia pada hari Khamis, 18 Rabi’ul Awwal 1412 bersamaan  26 September 1991 selepas menderita serangan angin ahmar selama 12 tahun. Namun, meskipun dalam sakit dan dengan suara yang rosak dan pecah-pecah, beliau tetap mengajar sehingga ke malam Jumaat terakhir sebelum beliau wafat pada pagi hari Khamis berikutnya. Semoga Allah merahmati dan meredhoi beliau.. Al-Fatihah..

Kesimpulan
Ayah Dir Sekam telah meninggalkan jasa yang besar dalam perkembangan pengajaran akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di tanah melayu. Usaha beliau dalam menyemarakkan institusi pengajian pondok juga telah diwarisi oleh murid-muridnya. Melalui sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan karya-karya penulisan, ramai ulama yang telah dihasilkan. Antara yang paling msyhur sekarang adalah Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang yang lebih dikenali dengan Baba Eil Sepanjang yang sangat aktif berdakwah kepada masyarakat di Fatani sehingga sekarang.  Karya-karya ayah dir sehingga kini masih digunakan di pondok-pondok di Fatani dan Malaysia khususnya di Kelantan dan Kedah. Ayah Dir juga merupakan seorang yang sangat lantang menentang fahaman yang lebih dikenali dengan “al-Wahhabiyyah” semasa zamannya.  Sesungguhnya sumbangan Ayah Dir sehingga kini masih diingati dan digunakan sehingga kini.

RUJUKAN:
Ahmad Fathi al-Fatani. Majalah Pengasuh. bil 619. Kelantan: Pustaka Aman Press dan sedikit tambahan daripada penulis --> http://addarain.com/babali/sheikh-abd-al-qadir-hj-wangah-ayah-dir-sekam-tokoh-ulama-usuluddin-dari-fathoni/

Minggu, 06 November 2011

Dimana Penghormatan Terhadap Sejarah Islam ?

Potret Sejarah

Yang bertanggung jawab atas semua peninggalan sejarah adalah pemerintah dimana sejarah itu berada. Sejarah Islam lahir di Mekkah dan Madinah.

1. Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

2.  Reruntuhan tempat Sayyidah Fatimah as, putri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

3. Reruntuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.

4. Makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut.



5.  Makam Imam Ali Zainal Abidin, putra Imam Husain bin Ali bin Abi Thalib.


 
6.  Makam paman Rasulullah Saww, Abbas bin Abdul Muthalib yang tidak terurus sama sekali.


7.  Makam-makam Ummahatul Mukminin, Saiyyidah ‘Aisyah dan Ummu Salamah dan yang lainnya (kecuali Khadijah al-Kubra as) di Jannatul Baq.





8.  Makam Halimah, seorang wanita yang telah menyusui Rasulullah Saw pada masa beliau masih balita.

9.  Makam putra kesayangan Rasulullah Saw dari istrinya Maryam al-Qibtiyyah , Ibrahim bin Muhammad, yang meninggal dunia saat dia masih bayi.

10. Makam cucu Rasulullah Saw yang sangat beliau cintai, Imam Hasan as, salah satu dari dua pemuda penghulu surga.

11.  Makam sang syahid pahlawan Islam, Ja’far bin Abu Thalib as yang dijuluki Rasulullah Saw : Ja’far al-Thayyar, Ja’far yang memiliki dua sayap. Dia mendapat julukan seperti itu karena tanpa kenal takut dan tanpa menyerah terus melawan tentara Romawi di perang Mu’tah sehingga kedua tangannya terputus disabet pedang musuh.

12.  Makam yang paling kiri adalah makam Safiyyah binti Abdul Muthalib di lihat dari dekat dan yang paling kanan adalah makam Ummul Baiza yang juga bibi Rasulullah Saw. Dan yang tengah adalah makam Atikah.

13.  Makam bibi Rasulullah Saw, kakak dari ayah beliau, Safiyyah binti Abdul Muthalib.

14. Mihrab tempat Rasulullah saw biasa melakukan shalat.

15. Pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.

16. Reruntuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.



 Potret Masa Kini

Mari lihat fenomena kehidupan Arab Saudi. Bandingkan dengan perhatian terhadap peninggalan sejarah Islam. Bandingkan penghormatan yang diberikan terhadap para syuhada.

>> Hotel Jeddah Hilton







sumber :  Kaum Sarungan


  

Minggu, 01 Mei 2011

PENJELASAN TENTANG SELAWAT SYIFA’

Dalam Rawatan Islam, Pengunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dari Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah SWT adalah diharuskan. Salah satu doa atau Selawat yang sering digunakan sebagai bacaan dalam rawatan Penyakit adalah Selawat Syifa’.

Bagaimana timbul sedikit kekeliruan terhadap Selawat Syifa’ ini sehingga ada yang mengatakan selawat itu boleh membawa kepada kesyirikkan kepada Allah. Kerana itu perlulah diberi penjelasan berikut.

1. Selawat ini namanya Selawat Syifa’ dan bukan Muhammad Syifa’ bermaksud yang menjadi ikhtiar atau alat untuk mendapat kesembuhan adalah selawat dan bukan batang tubuh Nabi Muhammad SAW.

2. Selawat ini terkenal keseluruh dunia Islam dan diamaalkan dunia di Nusantara dengan tidak menimbulkan pemahaman apa-apa kerana tidak pernah terlintas dalam hati pengenal selawat ini untuk menyandarkan pengubatan penyakit dan menyandarkan kesembuhan kepada zat Nabi Muhammad SAW.

3. Selawat ini bukan baru tercipta iaitu telah lma berlegar. Ia terdapat dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Dalam Mukaddimah pertamanya ditulis oleh Dr. Mahmud Muhammad al-Tanahi Profesor Madya di Kuliah Syariah Universiti al-Malik ‘Abd al-‘Aziz Makkah al-Mukarramah ditulis dibaris pertama mukaddimahnya dengan Selawat Syifa’.

4. Jika diandaiakn Selawat Syifa’ itu mengundang kesyirikkan kepada allah seperti yang didakwa, apakh wajar selawat itu boleh berada dalam kitab terkenal al-Tibb al-Nabawi yang diterbitkan di Makkah al-Mukarramah dan ia tidak ada sebarang masalah yang diragukan. Oleh itu yang mengusahakan penerbitannya seperti yang disebutkan tadi tidak pula mempertikaikan tentang Selawat Syifa’ tersebut lalu pnerbitan itu diedarkan kepada bacaan awam. Jadi, dapat difahami bahawa jika selawat itu mengundang kesyirikan kepada Allah sudah pasti ia telah dipadamkan atau tidak diterbitkan untuk edaran orang ramai.

5. Yang mengatakan Selawaat Syifa’ itu bermasalah keana perkataan Tibb dalam selawat itu dii’rabkan sebagai Badal. Apa pun yang boleh dii’rabkan oleh pengkritik sepatutnya mengambil kira tajuknya iaitu Selawat Syifa’. Adapun yang mengamalkan selawat ini berhujah “tibbi” (طبّ ) dalam kedudukan i’rab ialah mudhof ilaih ( مضاف إليه ) , bagi yang mudhof ( مضاف) yang dihazafkan atau dibuang. Pengkritik mengakui boleh ditakdirkan dengan takdir lughawi dengan mengandaikan ada perkataan yang sengaja dihazaf iaitu “shalaata” (صلاة) , berkedudukkan maf’ul mutlak pada waktu yang sama dia mudhof ( مضاف) . Maka selepas itu terdapat lafaz “tibb” menjadi mudhof ilaih majrur, akan tetapi mereka mempersoalkan pula kewajarannya.


Jika diakui bahawa boleh diterima amaka itulah yang sebenarnya Selawat Syifa’ iaitu selawat rawatan bukan zat Muhamamd sebagai penyembuh. Namaun dikatakan pula bahawa takdir yang demikian itu tidak ada hujah dalam bahasa Arab untuk diterima pakai. Seolah-olah mereka mengatakan bahawa tidak ada dalam bahasa arab kaedah nahunya yang boleh berbuat demikian. Dakwaaan tersebut amatlah meleset dan dakwaan kosong yang sengaja atau terlupa rujuk.

Sebenarnya dalam nahu ‘Arab khasnya dalam kitab terkenal Syarah Ibn ‘Aqil juzuk yang kedua bab al-Idafat ditulis dalam kitab itu sedemikian:

قد يحذف المضاف ويبقى المضاف إليه مجرورا، كما كان عند ذكر المضاف، لكن بشرط أن يكون المحذوف مماثلا لما عليه قد عطف، كقول الشاعر : أكل امرئ تحسبين امرأ ** ونار توقد بالليل نار
(و) التقدير "وكل نار" فحذف "كل" وبقى المضاف إليه مجرورا

Terjemahannya : terkadang dihazafkan (dibuang) Mudhof (sandaran) dan ditinggalkan Mudhof ‘ilaih (yang disandarkan kepadanya) berbaris dibawah sama seperti disebut atau ditulis al-Mudhof. Akan tetapi dengan syarat yang dibuang itu ada contohnya atau imbasannya diatafkan seperti syair Arab yang tersebut.

Dalam syair itu jelas perkataan nar( نار ) dibaca kasrah (majrur bi al-kasrah) kerana ia berkedudukan Mudhof ilaih yang dibuang. Takdirnya kullu( كل) . Klau dalam syair boleh dibunag sedemikian tentulah dalam penulisan dibolehkan juga. Bukan sahaj dalam syair ‘Arab yang sememangnya menjadi hujah dalam nahu ‘Arab yang malah dalam al-Quran al-Karim ada ayat Allah SWT yang juga dibuang mudhof.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 67 :


Terjemahannya : “Kamu mengkehendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedangkan Allah mengkehendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatklah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Dalam satu qiraat ada yang membacanya (الأخرةِ ) dengan kasrah Ta takdirnya (يُرِيدُ) bagi (الأَخِرَةِ) dengan mentakdirkan(عَرَضَ الأَخِرَةِ) .

Jelaslah bahawa ada kaedah bahasa Arab yang diamabil daripada ayat al-Quran dan di dalam Syarah Ibn ‘Aqil bahawa diterima pakai hujah yang kuat bahawa mudhof (مضاف) boleh dibuang (dihazafkan) dan yang tinggal mudhof ilaih ( مضاف إليه ) majrur bi al-kasrah.

Oleh itu Selawat Syifa’ ada kalimat yang sengaja dibuang iaitu (صلاة), bacaan asalnya;


I’rabnya maf’ul mutlak mudhof (مضاف) dan Tib (طبّ ) mudhof ‘ilah ( مضاف إليه ) (majrur bi al-kasrah). Qarinahnya adalah dengan perkataan salli (صَلِّ) , iaitu ada perkataan salli (صَلِّ) sebelumnya. Salli (صَلِّ) , adalah dalil yang menunjukkkan ada perkataan sebanding dengannya yang dibuang iaitu shalatan (صلاة). Dengan itu hilanglah kekeliruan dan keraguan bahawa yang menyembuhkan sebenarnya bukan Muhammad, atau zat Muhammad atau batang tubuh Muhamamd yanag menjadi bahan ikhtiar yang menyembuhkan ialah kebertana selawat. Selawat adalah termasuk dalam amal soleh dan ianya tidak menyalahi syariat dan boleh diamalkan tanpa sebarang keraguan.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari abi Hurairah RA:


Terjemahannya : “Sesiapa yang berselawat keatasku sebanyak satu kali, Allah SWT akan berselawat keatasnya sepuluh kali ganda.”

Sumber maklumat diambil dari : Rawatan Penyakit-penyakit Jasmani (1), Tuan Guru Dato Dr. Haron Din : pengasas & Penasihat DarulSyfia. mukasuarat 30-35.

Rabu, 29 Desember 2010

Sholawat Kepada Nabi dengan Cara yang Beradab


Pada zaman sahabat dahulu, mereka terbiasa memanggil Nabi dengan sebutan yang sederajat seperti memanggil kawan-kawan mereka. Panggilan yang paling popular adalah ‘Ya Muhammad, Ya Ibnu Abdullah, Ya Muhammad bin Abdullah, dan Ya Abal Qosim’ (Wahai bapak Al Qosim, menunjuk kepada putera Nabi yang tertua bernama Al Qosim). Kebiasaan memanggil nama sederajat seperti panggilan sesama teman, kemudian dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Panggilan yang diperbolehkan adalah menyertakan pangkat yang layak untuk Nabi seperti: ‘Ya Rasulullah, Ya Nabiyallah’. (Lihat surat An Nur ayat 63 dalam Tafsir Ibnu Katsir, cetakan Darul Hadist, Qohirah, Mesir jilid VI, halaman 100).


Dalam tafsir Ibnu Katsir tersebut, Muqotil bin Hayyan mengatakan tentang tafsir ayat ini: “Janganlah engkau menyebut nama Nabi Muhammad jika memanggil Beliau dengan ucapan: ‘Ya Muhammad’ dan janganlah kalian katakan: ‘Wahai anak Abdullah’, akan tetapi Agungkanlah Beliau dan panggillah oleh kamu:Ya Nabiyallah, Ya Rasulullah’.”


Imam Maliki, dari Zaid bin Aslam radhiyallahu ‘anhu mengatakan tentang arti surah An Nur ayat 63 di atas: “Telah memerintahkan Allah kepada sahabat Nabi dan kaum muslimin agar mengagungkan dan memuliakan Nabi.”


Berkata Ad Dahhak dan Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang ayat diatas: “Dahulu para sahabat memanggil Nabi dengan panggilan ‘Ya Muhammad, Ya Abal Qosim’, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah melarang mereka dari panggilan seperti itu demi mengagungkan Nabi-Nya. Maka para sahabat memanggil Nabi dengan panggilan ‘Ya Rasulullah, Ya Nabiyallah.” Pendapat ini juga dipegang oleh Mujahid dan Sa’id bin Jubair radhiyallahu ‘anhu.”


Setelah larangan Allah tersebut diturunkan, maka serentak seluruh sahabat Nabi meninggalkan cara menyebut atau memanggil nama Nabi seperti memanggil teman biasa, dan mereka mengubahnya menjadi ‘panggilan kehormatan’, sebagaimana yang telah diperintahkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surat An Nur ayat 63 tersebut:Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).....


Meskipun keterangan di atas sudah terang dan jelas, kenyataannya di zaman modern ini, masih ada juga sekelompok orang yang sudah dianggap golongan ‘intelektual Islam’ berani dengan lancar tanpa merasa bersalah menyebut dan memanggil nama Nabi tanpa gelar kehormatan. Entah karena terlalu sering membaca buku-buku karangan orang-orang Orientalis yang memang tidak menaruh rasa hormat kepada Rasulullah atau karena malas berpanjang-panjang menyebutkan nama Nabi bersama dengan ‘gelar kebesaran’ beliau. Apalagi jika mesti menambahkan ucapan ‘Shallallahu ‘Alaihi Wasallam’ setelah menyebut nama Nabi. Padahal, semua ini sudah diperintah Allah dan RasulNya untuk diamalkan.


Adapun jika mereka dianggap tidak tahu tentang larangan pada surat An Nur ayat 63tersebut di atas, rasanya agak sulit diterima akal, sebab mereka dikenal sebagai orang yang tergolong intelektual, bukan golongan orang-orang awam apalagi orang-orang jahil(bodoh).


Dengan melihat kenyataan ini, rasanya setiap individu muslim wajib saling ingat-mengingatkan terhadap sesama saudara kita yang mulai rajin memanggil Nabi sedemikian itu. Jika tidak demikian, maka akan semakin banyak jumlah orang yang memanggil Nabi dengan panggilan rendahan itu. Apakah pantas kita umat Islam yang mengaku pengikut Qur’an dan Sunnah kemudian memanggil Nabi kita dengan panggilan “Muhammad” saja tanpa gelar…? Sementara memanggil seorang Ketua RT saja kita menyebut Pak RT. Apalagi memanggil seorang Presiden, orang akan melekatkan bermacam-macam gelar kehormatan dan kemuliaan! Nah, bagaimana dengan memanggil seorang Rasul yang merupakan semulia-mulia makhluk ciptaan Allah....?


Rasul telah bersabda dalam hadisnya yang masyhur: “orang yang kikir adalah orang yang tidak mau bersholawat kepadaku ketika namaku disebut di dekatnya.” Sementara Allah sendiri di dalam Al Qur’an yang suci senantiasa bersholawat dengan meletakkanpangkat kebesaran Nabi ketika Allah menyebutkan nama Nabi kita MuhammadShallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Selain kebiasaan memanggil Nabi dengan ‘panggilan rendahan’ itu, akhir-akhir ini beredar juga sebuah ajaran baru yang mengatakan bahwa menyebut atau memanggil nama Nabi dengan memakai ‘gelar’ di dalam lafazh sholawat adalah suatu perbuatanbid’ah. Dan mereka dimana-mana secara tegas mengatakan bahwa semua bid’ahadalah sesat dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Oleh karena itu mereka mengatakan bersholawat kepada Nabi cukup dengan ucapan, “Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad” saja tanpa gelar-gelar yang menunjukkan kebesaran Nabi. Padahal kalau Sholawat ini diterjemahkan dalam bahasa Indonesia, artinya adalah: "Ya Allah berilah rahmat kepada si Muhammad dan Keluarga si Muhammad".Kurang beradab, bukan.....? Alasan mereka bershalawat seperti itu karena tidak ada didapati sepotong hadis pun dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mengajarkan bersholawat dengan menyertakan ‘gelar’ pada nama Nabi



Benarkah demikian adanya…?


Kami mencoba meneliti beberapa potong hadis dari beberapa kitab hadis dan alhamdulillah kami menemukannya. Berikut ini kami sampaikan beberapa hadis tentang sholawat yang memakai gelar saat menyebut nama Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

  1. Dari Abu Sa’id Al Khudri ra.hu dia berkata, kami pernah bertanya kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulallah, kami telah mengetahui cara mengucapkan salam kepadamu, tetapi bagaimanakah cara kami bersholawat kepadamu?” Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Ucapkanlah oleh kamu sekalian,Allahumma sholli ‘ala Muhammadin ‘abdika wa rasulika kama shollaita ‘ala Ibrohim..( Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammad hamba-Mudan Rasul-Mu sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat-Mu kepada Ibrohim..).” (Hadis Riwayat Bukhari, Bab Sholawat Atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam no.6358).

  2. Dari Abu Hurairah ra.hu, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau telah bersabda, “Barangsiapa ingin pahalanya ditimbang dengan timbangan yang lebih berat dan sempurna ketika bersholawat atas kami, dan bersholawat atas ahli bait kami, hendaklah orang itu mengucapkan sholawat seperti ini: “Allahumma sholli ‘ala Muhammadinin Nabiyyi wa azwajihi ummahatil mu’miniina wadzuriyyatihi wa ahli baitihi kama shollayta ‘ala ali Ibrohim innaka hamiidun majid(Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammad sang Nabi itu, juga kepada isteri-isterinya sebagai ibu-ibunya orang mu’min, kepada keturunan beliau dan keluarga beliau sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat-Mu kepada keluarga Ibrohim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia).” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Bab Sholawat Atas NabiShallallahu ‘Alaihi Wasallam Dalam Sholat Setelah Tasyahhud, nomor 982).

Keterangan dua hadis di atas cukup untuk menjadi bukti bagi kita bahwa bersholawat dengan menyertakan pangkat ketika menyebut nama Nabi adalah sebuah perbuatan yang sunnah, bukan bid'ah, sebagaimana yang sering dituduhkan oleh segelintir orang di kalangan ummat Islam selama ini. Justru sholawat dengan memakai gelar telah diperintahkan oleh Nabi dalam hadis-hadis shohih, bahkan telah menjadi amalan para Sahabat, dan generasi Salafus Sholih.

Wallahu a’lam bishshowab

Sumber Data : http://tengkuzulkarnain.net/index.php/artikel/index/75/Sholawat-Kepada-Nabi-dengan-Cara-yang-Beradab

Selasa, 26 Oktober 2010

Minggu, 04 Juli 2010

Agar Doa Terkabul...




ALlah Subhânahu wata‘âlâ menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna, namun di samping itu Allah Subhânahu wata‘âlâ juga menjadikan manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh karena itulah, maka manusia pasti membutuhkan pertolongan dan perlindungan. Semua pertolongan dan perlindungan tersebut sejatinya bermuara kepada satu Dzat yang Maha Kuasa.

Di antara cara yang bisa ditempuh manusia untuk mendapatkan pertolongan dari Allah Subhânahu wata‘âlâ ialah berdoa. Berdoa harus kita lakukan setiap saat, baik dalam keadaan senang maupun susah, karena setiap saat kita membutuhkan pertolonga-Nya.


Mengapa Harus Berdoa?


Orang yang mau berdoa akan selalu mendapatkan kebaikan dan keutamaan dari Allah Subhânahu wata‘âlâ. Tak ada kata rugi bagi mereka, selama doa yang ia panjatkan mengandung doa yang baik, bukan doa jelek, dan bukan doa yang mencelakakan orang lain. Dikatakan mendapatkan kebaikan karena selain orang yang berdoa telah mengerjakan perintah Allah Subhânahu wata‘âlâ yang termaktub dalam kitab suciNya, juga karena doa merupakan intisari ibadah. “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (QS. Al-Mu’min [40]: 60). Ayat tersebut selain mengandung perintah dianjurkannya berdoa, juga menerangkan bahwa Allah Subhânahu wata‘âlâ akan selalu mengabulkan semua permintaan hambanya.

Makhluk Allah Subhânahu wata‘âlâ yang paling jelek adalah Iblis. Ingatkah kita bagaimana permintaan Iblis yang sudah melakukan kesalahan terbesar itu masih dikabulkan? Iblis memohon kepada Allah Subhânahu wata‘âlâ agar dia dan cucunya diberi kesempatan sampai hari kiamat untuk menggoda manusia. Dalam al-Quran dijelaskan: Iblis menjawab, “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.” Allah Subhânahu wata‘âlâ berfirman, “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.” (QS. Al-A’raf [7]: 14-15).

Jaminan istijâbah yang Allah Subhânahu wata‘âlâ janjikan kepada orang yang berdoa bermacam-macam bentuknya. Ada yang langsung di dunia, ada pula yang akan Allah Subhânahu wata‘âlâ berikan di akhirat. Jadi intinya tak ada doa yang tidak terkabulkan. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda “Seorang hamba yang berdoa tidak akan lepas dari salah satu tiga perkara: adalakanya dosanya yang akan segera diampuni, adakalanya kebaikan yang akan segera ia dapatkan, adakalanya kebaikan yang masih disimpan.


Adab-Adab Berdoa


1. seorang hendaknya memilih waktu yang tepat untuk berdoa agar mudah terkabulkan. Imam al-Ghazali dalam Ihyâ’ ‘Ulûmiddîn menguraikan tentang waktu berdoa menjadi beberapa bagian. Pertama hari Arafah. Dalam sebuah Hadis Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa yang paling utama adalah doa ketika hari Arafah, sedangkan paling utamanya sesuatu yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku kalimat “Lâ ilâha illaallâh wahdahû lâ syarîkalah”.

Kedua bulan Ramadhan. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharap pahala, maka Allah Subhânahu wata‘âlâ akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu. Dan barangsiapa yang mendapati Lailatul-Qadar dalam keadaan beriman dan mengharap pahala, maka Allah Subhânahu wata‘âlâ akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu”.

Ketiga hari Jumat. Aisyah radhiyallâhu ‘anhâ berkata, “Hari Jumat sama dengan hari Arafah, di hari itulah pintu langit terbuka, di hari itu terdapat satu masa yang tidak seorangpun dari hamba Allah Subhânahu wata‘âlâ yang meminta sesuatu kecuali Allah Subhânahu wata‘âlâ akan memenuhinya. Dikatakan: Kapan waktunya? Aisyah berkata: Ketika seorang muazin melantukan azan.

Keempat sepertiga malam. diceritakan bahwa nabi Ya’kub ‘Alaihissalâm selalu berdoa di waktu sepertiga malam (waktu sahur) sementara putra-putranya meng-amini dibelakangnya. setelah itu Allah Subhânahu wata‘âlâ mengilhamkankepadanya bahwa Allah Subhânahu wata‘âlâ telah mengampuni semua dosa-dosa mereka dan mengangkat mereka menjadi nabi.


2. Memilih keadaan yang mulia. Abu Hurairah Radhiyallâhu ‘anhu berkata, “Sesungguhnya pintu langit terbuka ketika pasukan fî sabîlillâh berangkat berperang, dan ketika turunya hujan, dan ketika pelaksanaan salat maktubah maka perbanykalah berdoa ketika itu.”

Al-Mujahid berkata, “Sesungguhnya salat didirikan di waktu yang terbaik, maka berdoalah kalian semua sesudah melakukan salat.

Abu Hurairah berkata, “Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda: “Paling dekatnya seorang hamba dari Tuhanya adalah ketika ia bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu.

3. Berkeyakinan bahwa doanya di kabulkan, dan benar-benar menaruh harapan yang besar kepada Allah Subhânahu wata‘âlâ. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda, “Berdoalah kepada Allah Subhânahu wata‘âlâ sementara kalian mempunyai keyakinan akan terkabulnya doa tersebut, dan ketahuilah bahwa Allah Subhânahu wata‘âlâ tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lupa.

4. Mengawali doa dengan berdzikir kepada Allah Subhânahu wata‘âlâ dan pujian-pujian untuk mengagungkanNya. Salamah bin Akwa’ berkata, “Saya tidak pernah mendengar Rasulullah mengawali doa kecuali dengan bacaan “Subhâna Rabbi al-‘Aliyyil-A’lâ al-Wahhâb”.

5. Mengawali doanya dengan membaca shalawat dan menutupnya dengan bacaan shalawat pula. Abu Sulaiman Ad-Darani berkata, “Barangsiapa ingin memohon sebuah hajat, maka hendaklah memulainya dengan membaca shalawat kepada Nabi lalu mengakhirinya dengan shalwat, karena Allah Subhânahu wata‘âlâ akan mengabulkan shalawatnya dan dia terlalu dermawan untuk tidak mengabulkan apa yang berada di antara keduanya.”

6. Memohon kepada Allah Subhânahu wata‘âlâ dengan hati yang tunduk, dan tidak menunjukkan sifat angkuh kita. Dalam al-Quran dijelaskan: “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-A’raf [7]: 55).


Mengapa Doa Tak Terkabul?


Suatu hari ketika Ibrahim bin Adham, seorang tokoh sufi yang terkenal akan kezuhudanya, sedang berjalan di pasar Basrah, orang-orang mengerumuninya dan bertanya, “Wahai Abu Ishaq, sudah lama kami memanjatkan doa kepada Allah Subhânahu wata‘âlâ , tetapi mengapa doa kami tidak kunjung dikabulkan?, padahal dalam kitab-Nya Dia telah berfirman, “Berdoalah kalian kepadaku niscaya aku akan mengabulkan doa kalian.” Beliau menjawab, “Hal itu dikarenakan hati kalian telah mati disebabkan sepuluh perkara berikut: Pertama, kalian telah mengenal Allah Subhânahu wata‘âlâ tapi kalian tidak menunaikan hak-Nya. Kedua, kalian mengaku mencintai RasulNya tetapi kalian meninggalkan sunnahnya. Ketiga, kalian membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya. Keempat, kalian banyak diberi karunia akan tetapi kalian tidak mensyukurinya. Kelima, kalian mengatakan bahwa setan adalah musuh, tetapi justru kalian mengikuti langkahnya. Keenam, kalian telah mengaku bahwa surga benar adanya, namun kalian tidak melakukan hal-hal yang mengantarkan kesana. Ketujuh, kalian mengaku bahwa neraka benar adanya, namun kalian tidak lari dari siksanya. Kedelapan, kalian mengaku bahwa kematian adalah benar adanya namun kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Kesembilan, kalian sibuk mengurusi kekurangan orang lain sementara kalian lupa akan kekurangan diri kalian. Kesepuluh, kalian mengubur jenazah akan tetapi kalian tidak mau mengambil pelajaran dari peristiwa kematian.”[*]


Sumber Bahan dari : http://sidogiri.net/index.php/artikel/view/164






Template by : kendhin x-template.blogspot.com