Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Tampilkan postingan dengan label Fiqh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Fiqh. Tampilkan semua postingan

Selasa, 26 Oktober 2010

Selasa, 02 Maret 2010

Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.

Oleh : al-fahdil Tuan Guru Abdul Rauf (pondok Tampin


Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.

Berkenaan kemusykilan terdapatnya dua qaul (pendapat) daripada Imam Syafie, sehingga ada dikalangan mereka yang membantah mengatakan palsu dakwaan para pengamal kenduri arwah mengatakan terdapatnya dua qaul atau pendapat Imam Syafie dalam masalah sampai pahala kepada mayyit?. Penjelasan terdapatnya dua Qaul atau dua pendapat yang diriwayatkan daripada Imam As Syafie rahimullahu ta’ala boleh kita telili didalam beberapa buah kitab Mazhab Syafie yang muktabar. Pendapat Imam As Shafie Rahimahullah telah dicatitkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, SYARAH MUSLIM, yang telah menjadi masalah kepada mereka yang kontra adalah seperti berikut:



“Adapun bacaan Quran , maka [Qaul Masyhur] dalam Mazhab Syafie, adalah tidak sampai………

Dalil Imam Syafie dan mereka yang sependapat dengannya ialah firman Allah (yang maksudnya),

" Dan seseorang tidak akan memperoleh melainkan pahala usahanya sendiri",

dan sabda Nabi SAW (yang maksudnya),

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh(laki-laki/perempuan) yang berdoa untuknya (si mati)."-- (An Nawawi, SYARAH MUSLIM, juz 1, hal. 90)”.


Jawabnya: Masalahnya, adakah kita telah memahami benar-benar peristilahan sesuatu qaum?, sehingga
dituduh qaum itu tak mengikut Imamnya sendiri?. Pokoknya adakah kita telah benar-benar memahami masyrabnya, mustalahahnya, thuruq khilafnya , selok-belok mazhab dan sebagai-bagainya berkenaan

sesuatu mazhab khasnya “MazhabSyafie”?.


Berkenaan 'qaul masyhur',tidaklah jadi masaalah dalam memahami persoalan ini, maksud 'masyhur' itu sendiri sebagaimana yang diistilahkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Minhaj beliau, dan telah disyarahkan(dihuraikan) oleh Syekh Ibnu Hajar dalam Tuhfah : Muka surat 84, juzuk 1, cetakan Daarul Kutub al Ilmiyah, tahun 1996 m.

( فَا المَشْهُور ) هُوَ الذَّى أَعْبَرَ بِهِ لاِءشْعَارِهِ بِخَفَاءِ مُقَابِلِهِ وَيَقَعُ لِلْمُؤَلِّفِ تَنَاقُضٌ بَيْنَ كُتُبِهِ فِى التَّرْجِيْحِ يَنْشَأُ عَنْ تَغَيُّرِ اِجْتِهَادِهِ فَالْيَعْتَنَّ بِتَحْرِيْرِهِ ذَلِكِ مَنْ يُرِيْدُ تَحْقِيْقَ الأَشْيَأَ عَلَى وَجْهِهَا.

Begini maksudnya:


Maka 'qaul masyhur', ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Nawawi) dengan nya, bagi tujuan memberitahu bahawa ada kesamaran muqobilnya (pertentangan), sesuatu pendapat (fatwa)tersebut. Dan bagi pengarang (Nawawi) ,terjadi pentarjihan yang berlawanan diantara kitab-kitab beliau, yang terbit (disebabkan) berubah ijtihad (samada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih). Maka hendaklah mengamat-amati dengan menghuraikan perkara tersebut atas mereka yang mahu ( yakni mampu) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya dengan ) mengikut jalan –jalan (kaedah) nya”.


Maksudnya : Qaul masyhur tersebut, boleh dibuat penelitian lagi oleh mereka yang mampu terhadap fatwa-fatwa mazhab yang kedudukkannya di tahap masyhur.Jelasnya , Qaul Masyhur adalah satu istilah yang dipopularkan oleh Imam Nawawi dan para Mujtahid Tarjih dikalangan Ulamak Mazhab ini. Bukan istilah Imam Syafie sendiri. Bukan juga seperti sangkaan mereka yang membantah dengan mengatakan “Qaul Masyhur” bermaksud qaul atau pendapat yang terkenal dari riwayat Imam Syafie. Menurut Imam Nawawi memang terdapat 2 Qaul disisi Imam Syafie dalam masalah ini jika dipandang disudut istilah “masyhur” yang dicatitkan disemua kitab –kitab yang menaqalkan masalah sampai pahala.



Cuba kita perhatikan apakah pengertian sebenar “Qaul Masyhur” disini?. Ini sebenarnya telah dijelaskan lagi dalam kitab Majmu' Kutubis Sab a'h al Mufidah, m.s. 34:

و قد تتبع من جاء بعدهما و بينوا المعتمد من غيره بحسب ما ظهر لهم.

“Waqad tatabba'a man jaa aa ba'dahuma kalamma huma wabayyanu al mu'tamad min ghairih bihasabi maa zho ha ra lahum”.



Ertinya: Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua Syekhul Mazhab(Rafaie dan Nawawi) oleh mereka (ulamak) yang kemudian , dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad (yg dipegang/ difatwakan) dengan yang tidak muktamad, dengan perkiraan (penilaian ) mereka.

Tamat



Maksudnya: Masih boleh berlaku penilaian semula terhadap pendapat atau pentarjihan yang telah dilakukan oleh kedua mahaguru mazhab ini ( Rafaie dan Nawawi) amnya dan khasnya terhadap qaul-Qaul Masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie r.a.


Ringkasnya, dalam masaalah ini, kita dapati sekalipun dikatakan Imam Syafie sendiri pada satu pendapat beliau meyatakan
tidak sampai sedekah bacaan alquran kepada si mati, ianya tidak lah qat'iy begitu saja untuk diwartakan sebagai fatwa mazhab Syafie. Sebab ianya adalah qaul yang “Masyhur” sebagaimana yang kita telah nyatakan. Ianya (method) ini, telah difahami dan diamalkan sebaik-baiknya oleh murid- murid dan pengikut-pengikut beliau berdasarkan wasiat beliau yg masyhur.Tak perlulah disebut di sini rasanya. Semua orang dah maklum apa wasiatnya. Lagi pula, kita dah nyatakan, fatwa-fatwa dalam mazhab adalah tersusun rapi , urutan tertib pemilihan sesuatu fatwa untuk diterima pakai dalam bidang mazhab ini diketahui oleh orang yang mempelajarinya mengkajinya secara mengakar umbikan kitab-kitab Mazhab. Contohnya, pemilihan kitab-kitab Nawawi . Mana yang didahulukan diantara kitab-kitab beliau. Istilah Sahih, Ashah , Masyhur , Qodim , jadid dan seterusnya adalah Istilah di Sisi Imam Nawawi dan para pentarjih fatwa dalam Mazhab ini. Kalau dikatakan mengapa pula begitu?. Sebabnya, telah diselidiki penyusunan kitab-kitab beliau dari berbagai aspek berdasarkan keteguhan dalil, tahqiq perbahasan, kesemua kitab dan fatwa tersebut, lalu hasillah tertib sebagaimana tersebut. Lantaran itu kita dapati pengikut mazhab Syafie dikalangan ulamaknya, mentarjihkan dan memu'tamadkan sampai pahala bacaan alQuran kepada mayyit. Jelasnya , mereka mentarjihkan dan memuktamadkan Qaul Imam Syafie Yang kedua. Oleh yang demikian tidak benarlah jika dikatakan hanya semata-mata Ijtihad pengikut Mazhab Syafie sahaja. Diantara mereka :Kalau mereka yang terdahulu dari Imam Nawawi: Imam Athobary , alMawardy, sebagai contohnya.Yang kemudian pula Imam AsSubky, Imam AsSayuthy dan lain-lain tak lupa juga Ibnu Abbdissalam dalam satu riwayat beliau merubah pendapatnya setelah wafat dengan dimimpikan orang berjumpa beliau dan beliau mengaku sampai pahala bacaan kepada arwah. Sekali lagi ditegaskan , bahawa
Masyhur adalah bermaksud pendapat yang kurang jelas Muqobilnya ( lawan atau sebaliknya) , bukan bermakna qaul yang terkenal diriwayatkan dari Imam Syafie . Maka bila disebut saja Qaul Masyhur , bererti lawan atau sebalik dari pendapat yang Masyhur tersebut adalah suatu yang tidak jelas kedudukannya. Maka di Tahkikkan oleh para ulamak kemudian selepas Imam Syafie. Ini membawa maksud memang ada qaul yang sebalik masyhur atau Muqobil Masyhur . Qaul Masyhur atau Muqobilnya memang kedua-duanya diriwayatkan dari Imam Syafie sendiri.

p/s : al-faqir hanya mengulangi posting dari blog pondok tampin, maklumat lanjut , rujuk di blog Pondok Tampin: http://pondoktampin.blogspot.com/search/label/Ushul%20Fiqh



Kamis, 11 Februari 2010

Gambar Rajah Kitab-Kitab Fiqh Mazhab As-Syafie

klik utk membesarkan


Assalamulaikum wrt.

Di atas adalah gambarajah silsilah kitab-kitab mazhab Imam Syafie rahimahullah yang dijadikan bahan rujukan untuk pengajian dan pengeluaran fatwa semenjak terasasnya mazhab Syafie hinggalah sekarang. ia diperkembagankan melalui jalur para ulama' yang mashyor yang mengikut mazhab imam as-Syafie rahimahullah. ini menunjukkkan keagungan mazhab imam syafi'e.

Semoga bersama-sama kita mengambil manfaat dan mengenali para ulama' dan kitabnya...serta isi kandungannya.. wallahu 'alam ..




Senin, 11 Januari 2010

Salasilah Berkembangnya kitab Qurrat Al-‘Ain.


Salasilah Berkembangnya kitab Qurrat Al-‘Ain.

Sebuah kebesaran bagi para ulama’ apabila penulisan kitab-kitabnya berlaku perkembangan. Kitab Qurrat al-‘Ain adalah merupakan kitab Fikih Mazhab as-Syafi’i yang berlaku pekembangan salasilahnya.

Kitab ini ditulis oleh al-’Allamah Zain al-Din ibn Abdul Aziz al-Malibari, ia merupakan seorang Ulama’ India Selatan abad ke-16. Dan kemudiannya beliau mensyarahkan tersebut yaitu Qurrat al-‘Ain , menjadi sebuah kitab yang diberi nama Fath Al-Mu’in. Walau bagaimanapun perkembangan kitab Qurrat al-‘Ain bertambah berkembang nilai ilmiahnya dan popular di Nusantara apabila seorang Ulama’ besar dari Nusantara (Indonesia) yaitu Syeikh Nawawi al-Banten (1316H) telah mensyarahkan kitab tersebut menjadi sebuah kitab yang diberi nama Nihayah al-Zain, kitab ini digunakan secara meluas dan rujukan bagi penuntut ilmu.

Di Makkah, dan sezaman Syeikh Nawawi al-Banten, tapi beliau berusia lebih muda dari syeikh Nawawi al-Banten, yang telah menulis hasyiyah secara meluas atas karya syarah al-Malibari yakni Fath al-Mu’in, menjadi karya yang lebih mashyor dan rujukan utama fikih Mazhab Syafi’i, yaitu kitab I’anah at-Tholibin. Kitab ini dikarang oleh seorang ulama’ bernama Sayyid Bakri bin Muhammad Syatha Al-Dimyathi, (maklumat lanjut mengenai pengarang dan riawat hidupnya, klik di link ini ).

Selain kitab I’anah at-Tholibin, terdapat juga karya kitab yang lebih sederhana (2jilid) daripada mengluaskan ilmu dari karya Fath al-Muin, yaitu kitab Tasyih Al-Mustafidin yang dikarang oleh seorang Ulama’ bernama ‘Alwi Al-Saqqaf, yang hidup dan mengajar sekitar tahun 1300 H. (1883M).

Dengan ini, menunjukkan bahawa karya-karya kitab Fiqh yang mempunyai kesenambungan mahupun rangkaian jalur salasilah kitab-kitab yang merupakan salah satu perkembangan Fiqh dan pekembagan tersebut melalui hasil penulisan para ulama’. Maka tidak dinafikan banyak karya besar kitab Fiqh Syafi’iyyah yang popular dan Mashyur masih tetap utuh diajar dan dipelajari dari kalangan ahli madrasah, pondok ataupun pasentren di Asia Tenggara dan menjadi sebuah karya utama dalam pengambilan hukum. Moga jasa dan sumbagan para Ulama’ yang berjuang ini mendapat kurniaan dan anugerah dari Allah S.W.T di hari akhirat kelak. Amiin..

Wallahu ‘alam .

Rabu, 04 Maret 2009

Thoharah

THOHARAH

1- SOALAN :

Bagaimana hukumnya air banyak (dua qolah atau lebih) yang kejatuhan najis kemudian sebahagian berubah, sebahagian tidak?

JAWAPAN :

Air yang berubah hukumnya najis, sedangkan yang tidak berubah hukumnya suci kalau air tersebut ada dua qolah.

Keterangan: Fathil Wahab juz 1 hal 4

وعبارته:

أما إذا غبر بعضه فالمتغير بنجس وكذا الباقي إن لم يبلغ قلتين. ا

فتح الوهاب الجزء الأول ص 4


2- SOALAN :

Bagaimana hukumnya air sedikit yang digunakan untuk memelihara ikan dan ikan tersebut mengeluarkan kotoran didalamnya?

JAWAPAN :

Hukum air tersebut bernajis, akan tetapi dima’fu (dimaafkan) bila air tersebut tidak berubah dan pemelihara ikan tersebut memeliki tujuan (tidak main-main).

Keterangan: Kasyifatus Saja hal.20

وعبارته:

وخرج بالنجاسة النجس المعفو عنه كميتة لا دم لها سائل إلى أن قال ....وروث سمك لم يغير ولم يضعه عبثا. ا

كاشفة السجا ص 20

3- SOALAN :

Ada orang yang berhadats memasukkan tangannya sebelum membasuh wajah ke dalam air sedikit (kurang dua kolah), bagaimana hukum air tersebut?

JAWAPAN :

Air tersebut tidak dihukumi musta’mal.

Keterangan: Fathil Wahab juz 1 hal 4

وعبارته:

ولو غمس المحدث يده في الإناء قبل غسل الوجه أو بعده وقصد الإغتراف لا يصير مستعملا. ا

الأنوار الجزء الأول ص 6


Makmum Perempuan Terhalang Kelambu kain (kain tirai)

Makmum Perempuan Terhalang Kelambu kain (kain tirai)

Adalah sebuah mushola yang pembatas antara jama'ah lelaki dan perempuan menggunakan kelambu (kain) yang di pasang membujur dari barat ke timur, di mana hujung yang sebelah barat menempel pada tembok sebelah kanan mihrab (tempat khusus imam) yang menutupi pandangan pada imam. Selang beberapa waktu datang seorang yang mengatakan :"Solatnya makmum perempuan tidak sah dan kelambu bagian depan harus dibuka kira-­kira 0,5 m., agar dapat melihat gerakan imam dan, Wushul (sampai) padanya".

Pertanyaan :

1. Sahkah solatnya makmum perempuan ?

Jawab :

1. Khilaf, menurut Qaul Ashah[1] hukumnya tidak sah dan menurut Qaul Muqabil al-Ashah hukumnya sah.



Penalaran :

Solat berjam'ah dengan janji pahala yang berlipat-lipat adalah termasuk salah satu dari keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW., sebagaimana Shalat Jum'at, Idul Fitri, Idul Adha, dua solat gerhana dan lain-lain, yang tidak dianugerahkan kepada para Nabi dan umat sebelumnya. Nabi SAW. menunaikan shalat jama'ah dengan para sahabat dengan terang-terangan dan istiqamah (rutin) ketika di Madinah, setelah selama tiga belas tahun beliau dan para sahabat di Makkah menunaikannya secara sembunyi-sembunyi di rumah mereka masing-masing. Menurut Imam al-Munawi hikmah disyari'atkanya tidak lain adalah demi meningkatkan keharmonisan, keramahan, persahabatan. menjalin hubungan informasi, persatuan (ukhwah) dan kepentingan-kepentingan lain antara kaum muslimin, setiap kali mereka bertemu untuk menunaikan shalat, lima kali dalam sehari semalam. Selain dari pada itu, Imam Nawawi al-Bantani al-Jawiy, dalam karyanya Nihayah al-Zain, menyebutkan bahwa solat adalah laksana menu hidangan yang sangat istimewa dan akan lebih istimewa lagi kalau dinikmati secara bersama-sama (berjam’ah).

Pahala yang dijanjikan Allah pun tidak tanggung-tanggung. Nabi SAW. Bersabda :

عن نافع عن بن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ثم صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة (رواه مسلم)

Artinya :

Dari Nafi’ dari Ibn Umar RA. berkata : "Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjama’ah lebih utama dari pada solat sendirian dengan dua puluh tujuh

derajat. " (Hadis Riwayat Muslim)

عن أنس بن مالك قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صلى لله أربعين يوم في جماعة يدرك التكبير الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق (رواه أنس)

Dari Anas Ibn Malik berkata : " Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa solat (ikhlas) kerana Allah selama empat puluh hari secara berjama’ah dengan menemukan takbir yang pertama (takbiratul ihramnya imam) maka dicatat baginya dua kebebasan, bebas dari api neraka, dan bebas dari sifat munafik.” (Hadis Riwayat Anas)

ما من ثلاثة في قرية أو بدو لا تقام فيهم الجماعة إلا استحوذ عليهم الشيطان أي غلب فعليك بالجماعة فإنما يأكل الذئب من الغنم القاصية (رواه أبو داود والنسائي وصححه ابن حبان والحاكم)

Ertinya :

Tiada tiga orang dalam suatu desa atau lembah (tempat pemukiman orarrg baduwi) yang di dalamnya tidak didirikan solat jama’ah melainkan dikuasai oleh syaitan, maka ditetapkan untuk kamu (agar soat) dengan berjama’ah, kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang sendirian. (Hadis Riwayat : Abu Dawud, a!-Nasa’I dan disohihkan oleh Ibn Hibban dan Hakim)

Pada hakikatnya jama’ah adalah persambungan solat yang terjadi antara imam dan makmum. Syarat sahnya makmun mengikuti imam ada dua belas macam :

1. Niat mengikuti imam atau niat berjama’ah ketika takbir yang pertama.

2. Tidak mendahului imam.

3. Mengetahui gerakan imam, dengan cara :

a. Melihat langsung.

b. Melihat sebagian barisan di depannya.

c. Mendengar langsung suara imam.

d. Mendengar suara muballigh (orang yang menyambung suara imam).

e. Melihat atau mendengar suara rabith (orang yang berdiri di tempat tertentu agar ia

terlihat oleh makmum dibelakangnya).

4. Berkumpulnya imam dan makmum dalam satu tempat.

5. Mengikuti dengan menyesuaikan gerakan imam pada hal-hal sunnah yang dianggap

buruk ketika tidak mengikutinya.

6. Mengikuti imam dalam, gerakan dan ucapan dengan tidak menyamai atau mendahului

takhiratul ihramnya imam.

7. Tidak meyakini bahwa solatnya imam hukumnya batal.

8. Tidak bermakmum pada orang yang statusnya juga menjadi makmum.

9. Tidak didapati adanya imam adalah orang yang ummy (orang yang tidak boleh

membaca) sementara makmumnya adalah qari’ (orang yang mampu membaca).

10. Tidak didapati kekurangan imam dalam sifat alamiyah seperti adanya imam adalah

perempuan dan makmumnya lelaki.

11. Tidak bermakmum kepada oaang yang wajib mengulangi solatnya (i’adah)

sebagaimana orang yang tidak menemukan dua alat bersuci (faqid al-Thohurain).

12. Terdapat kesesuaian antara solatnya imam dan makmum. Oleh kerana itu, tidak sah

makmum solat istisqa’ dan imam shalat fardu.

Dari syarat-sahnya solat berjam’ah yang keempat, tentang tata letak imam dan makmum, terdapat perbezaan menurut klasifikasi (pengolongan) tempat pelaksanaan solat. Artinya pada tempat-tempat tertentu syarat sahnya berjama’ah terdapat perbezaan. Pemilahannya adalah :

a. Salah satu dari imam dan makmum berada di masjid atau semuanya berada di selain masjid.

Ada lima syarat yang harus ditepati oleh makmum:

1. Mengetahui gerakan imam.

2. Boleh sampai pada imam tanpa harus berliku-liku.

3. Jarak imam dan makmum tidak melebihi 300 dzira’ (hasta, ± @ = 18 inchi).

4. Tidak terdapat penghalang untuk melihat imam atau makmum di depannya.

5. Tidak ada penghalang untuk boleh berjalan menuju imam.

Pada syarat keempat dan kelima, terjadi perbezaan pendapat, menurut qaul ashah kedua syarat ini harus terpenuhi dan menurut muqabilul ashah cukup terpenuhinya salah satu dari dua syarat di atas.

حاشية إعانة الطالبين الجزء الأولى ص :٣٢ دار الفكر ٢٠٠٢م

حاصل الكلام على ما يتعلق بهذا الشرط أن لاجتماعهما أربع حالات الحالة الأولى أن يجتمعا في مسجد الحالة الثانية أن يجتمعا في غيره وهذه تحتها أربع صور وذلك لأنهما إما أن يجتمعا في فضاء أو في بناء أو يكون الإمام في بناء والمأموم في فضاء أو بالعكس الحالة الثالثة أن يكون الإمام في المسجد والمأموم خارجه الحالة الرابعة بعكس هذه ففي الأولى يصح الاقتداء مطلقا وإن بعدت المسافة بينهما وحالت أبنية واختلفت كأن كان الإمام في سطح أو بئر والمأموم في غير ذلك
لكن يشترط فيها أن تكون نافذة إلى المسجد نفوذا لا يمنع الاستطراق عادة كأن كان في البئر مرقى يتوصل به إلى الإمام من غير مشقة ولا يشترط هنا عدم الازورار والانعطاف ولا يكفي الاستطراق

من فرجة في أعلى البناء لأن المدار على الاستطراق العادي

b. Peserta jama’ah berada di masjid.

Tidak disyaratkan apapun kecuali makmum boleh sampai pada imam dengan cara yang boleh dilakukan manusia pada umumnya, walaupun dengan cara berliku­-liku dan membelakangi Qiblat. Hal ini kerana mengingat bahawa setiap masjid adalah dibangun hanya untuk mendirikan solat, sehingga Walaupun dalam keadaan di atas, keberadaanya masih mampu menjami'-kan (menyatukan) antara imam dan makmum.

فتح الوهاب بشرح منهج الطلاب الجزء الأولى ص : ١٦٦ دار الكتب العلمية ١٤١٨ ﻫ_

( و ) ثالثها ( اجتماعهما ) أي الإمام والمأموم ( بمكان ) كما عهد عليه الجماعات في العصر الخالية ولاجتماعهما أربعة أحوال أحوال لأنهما إما أن يكونا بمسجد أو بغيره من فضاء أو بناء أو يكون أحدهما بمسجد والآخر خارجة ( فإن كانا بمسجد صح الاقتداء وإن ) بعدت مسافة و ( حالت أبنية ) كبئر وسطح بقيد زدته بقولي ( نافذة ) إليه أغلقت أبوابها أولا لأنه كله مبنى للصلاة فالمجتمعون فيه مجتمعون لإقامة الجماعة مؤدون لشعائرها

فإن لم تكن نافذة إليه لم يعد الجامع لهما مسجدا واحدا فيضر الشباك والمساجد المتلاصقة التي تفتح أبواب بعضها إلى بعض كمسجد واحد وإن انفرد كل واحد منها بإمام وجماعة ( أو ) كان ( بغيره ) أي بغير مسجد من فضاء أو بناء ( شرط في فضاء ) ولو محوطا أو مسقفا ( أن لا يزيد ما بينهما ولا ما بين كل صفين أو شخصين ) ممن ائتم بالإمام خلفه أو بجانبه ( على ثلاثمائة ذراع ) بذراع الآدمي

( تقريبا ) أخذا من عرف الناس فإنهم يعدونهما في ذلك مجتمعين فلا يضر زيادته ثلاثة أذرع كما في

التهذيب وغيره

فتح العزيز شرح الوجيز الجزء الرابع ص : ٣٤٣–٣٤٤ المكتبة السلفية

الشرط الثاني الاجتماع في الموقف بين الامام والمأموم اما بمكان جامع كالمسجد فلا يضر فيه التباعد واختلاف البناء

(وقوله) في الكتاب اما بمكان جامع الي ان قال واختلاف البناء هذا كلام القسم الاول وأراد بكونه جامعا انه لابد وان يكون الامام والمأموم مجتمعين في الموقف علي ما ترجم هذا الشرط به ومن اسباب الاجتماع ان يكون الموضع مبنيا للصلاة فيكون جامعا لهما وان اختلف البناء وبعدت المسافة ولعله لو قال وهو المسجد بدل قوله كالمسجد لكان أحسن لان الكاف للتشبيه والتمثيل ولا مكان سوى

المسجد يكون جامعا

Dalam gambaran masalah imam dan makmum, berjama’ah dalam mushola yang tidak boleh dihukumi masjid maka menurut qaul ashah tidak sah, karena kelambu tersebut menghalangi pandangan makmum pada imam.

Menurut muqabil al-ashah dihukumi sah sebab masih boleh untuk sampai pada imam seperti dengan membuka kelambu tersebut.

مغني المحتاج الجزء الأول ص : ٢٤٩–٢٥٠ ﻫ_ /١٩۷۸م

فإن كان في بناءين كصحن وصفة أو بيت فطريقان أصحهما إن كان بناء المأموم يمينا أو شمالا وجب اتصال صف من أحد البناءين بالآخر ولا تضر فرجة لا تسع واقفا في الأصح وإن كان خلف بناء الإمام فالصحيح صحة القدوة بشرط أن لا يكون بين الصفين أكثر من ثلاثة أذرع والطريق الثاني لا يشترط إلا القرب كالفضاء إن لم يكن حائل أو حال باب نافذ فإن حال ما يمنع المرور لا الرؤية كالشباك أو يمنع الرؤية لا المرور كالباب المردود ( فوجهان ) أصحهما في أصل الروضة عدم صحة القدوة أخذا من تصحيحه الآتي في المسجد مع الموات





[1] Qaul Ashah adalah qaul yang terunggul dari persaingan ketat di antara beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni pada masalah yang ada, Ashhab al-Syafi'i berbeza pendapat, qaul yang paling unggul diungkapkan dengan ashah. (lihat : Mahalli Bi Hasyiah al-Qulyubi, juz 1: hlm 14, Dar al-Ihya’ kitabul al-‘arabiyyah”.)

- Muqabil ( lawan /bandingan) dari qaul yang disebut diatas, ia dianggap lemah (dho’if), akan tetapi masih boleh diamalkan secara individu kecuali qaul yang berlebel atau dho’ifun jiddan (sangat lemah) yang hanya boleh dijadikan sebagai sekadar wacana dan sama sekali tidak boleh diamalkan.


Qaul-Qaul Syafi'iyyah

Mengenali Qaul-Qaul yang terdapat dalam Mazhab Syafi’iyyah

Di kalangan Syafi'iyah, pada setiap kitab matan, syarh dan hawasyi karya fuqaha’ sekaliber Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam Ramli, Syaikh Zakaria al-Anshari, Syaikh Khatib al-Syarbini, AI-Mahalli dan yang lainnya, semuanya boleh dibuat pegangan.

Akan tetapi keberadaan yang kuat dan lemah qaul yang dihasilkan dari perpaduan antara dalil dan realita yang diolah dalam metodologi kecekapan keilmuan mujtahid, sangat bergantian. Muqallid tidak boleh sembarangan nggebyah uyah podho asine mengkonsumsi setiap qaul yang ditemukan. Qaul yang akan difungsikan untuk berfatwa dan memutuskan hukum dalam pengadilan harus bertendensikan qaul yang kuat, sedangkan qual yang akan digunakan untuk pribadi ada kelonggaran yakni boleh memakai qaul yang dha’if (lemah) selagi bukan qaul yang berlebel fasid (rosak) atau yang benar-benar dha'if. Hal demikian selagi bagi kaca niat mata awam sangatlah kabur, mereka tidak mampu memilih mana yang kuat dan mana yang lemah. Oleh karena itu tampillah mujtahid murajjih sebagai pihak yang bertugas menyeleksi tingkat-tingkat eksistensi qaul.


Berikut adalah beberapa istilah yang sering digunakan Ulama' untuk mengungkapkan qaul-qaul yang kuat.

1. Azhhar

Adalah pendapat Imam Syafi`i yang paling unggul dari persaingan ketat (qawiya al-khilaf) antara qaul-qaul beliau, yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mengeluarkan beberapa qaul. Masing-masing mempunyai landasan yang kekuatannya hampir berimbang, qaul yang paling kuat diungkapkan dengan azhar.

¬2. Masyhur

Adalah qaul yang paling unggul dari beberapa qaul-nya Imam Syafi’i dengan persaingan yang tidak begitu ketat. Yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mempunyai beberapa pendapat yang berbeza. Salah satu di antaranya - mempunyai landasan dalil yang sangat kuat, sedang yang lain dianggap kurang kuat. Qaul yang terkuat diungkapkan dengan istilah masyhur.

3. Jadid

Adalah qaul-nya Imam Syafi'i ketika beliau berada di Mesir. Yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mempunyai dua pendapat yang berbeza. Pendapat pertama ketika beliau masih berada di Baghdad yang diistilahkan dengan qaul qadim dan qaul kedua ketika beliau berada di Mesir, yang kemudian diistilahkan dengan qaul jadid. Dari dua pendapat tersebut yang diuggulkan adalah qaul jadid kerana merupakan pendapat yang telah diyakini oleh Imam Syafi'i.

4. Nash

Adalah qaul Imam Syafi`i di antara qaul para Ashhab-nya (Ulama' pengikut beliau). Yakni dalam menanggapi masalah yang berkaitan antara Imam Syafi'i dan Ashhab terjadi perbezaan pendapat. Qaul yang kuat adalah pendapat beliau, adapun pendapat para Ashhab yang dihasilkan dari ijtihad mereka atau dari hasil pengembangan qa’idah (kaidah) dan dhabit (batasan) yang telah diletakkan Imam Syafi`i ataupun hasil dari takhrij (hasil dari pengolahan nash) yang dilakukan Ashhab semuanya dianggap lemah (dha’if).

5. Ashah

Adalah qaul yang terunggul dari persaingan ketat di antara beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni pada masalah yang ada, Ashhab al-Syafi'i berbeda pendapat, qaul yang paling unggul diungkapkan dengan ashah.

6. Shahih

Adalah qaul yang dianggap benar dari beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni dalam menanggapi masalah yang terjadi, Ashhab mengeluarkan pendapat yang berbeda. Salah satunya mempunyai landasan yang dianggap benar yang diistilahkan dengan shahih, sedangkan yang lain dianggap fasid (rosak).
Template by : kendhin x-template.blogspot.com