Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Sabtu, 21 Maret 2009

Sheikh Abdullah Fahim

Sheikh Abdullah bin Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Sheikh Abdullah Fahim merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di Kampung Syib ‘Ali, Makkah pada tahun 1286H dan dibesarkan di sana dalam suasana ilmu keagamaan. Beliau berdamping dan berguru dengan ramai ulama, menurut riwayatnya guru beliau di Makkah dan Madinah tidak kurang 42 orang.

D
i antara guru-gurunya ialah:-
Sheikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
Sheikh Muhammad Sa`id BabShil;
Sheikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani;
Sheikh Wan ‘Ali Kutan al-Kalantani; dan
Sheikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.


Sheikh Abdullah Fahim selain alim dalam ilmu-ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf, juga mendalami ilmu falak. Keahliannya dalam ilmu falak menyebabkan nasihatnya diminta mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan cadangannya untuk tarikh tersebut diterima. Jangan pula disalah anggap bahawa ilmu falak Sheikh Abdullah Fahim tu serupa dengan ramalan Tok Sami dan Tok Cha. Kalau nak tahu berkenaan ilmu falak kenalah belajar dengan ahlinya, cuma kena ingat bahawa falak ulama itu bukan setakat melihat anak bulan sahaja. Mudah-mudahan titihan zuriat beliau yang akhirnya menjadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia dapat memartabatkan lagi Islam di persada dunia umumnya dan Nusantara khususnya.

Wasiat Sheikh Abdullah Fahim I


Ikhwah, sebenarnya aku terlupa, almaklumlah nama sahaja insan tempat berlaku khata` dan nisyan (salah dan lupa). Alhamdulillah, nasib baik ada sahabat yang mengingatkan aku berhubung dengan pesanan Sheikh Abdullah Fahim kepada anak bangsanya. Dalam buku “Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2)” dipetik antara pesanan beliau:-
Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-’Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.



Wasiat Sheikh Abdullah Fahim II

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah was sholatu was salamu ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi. (Amma ba’d), tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMalaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al-Imam asy-Syafi`i ijma`an tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (yahrumu kharqul ijma`/ diharamkan merobek ijma`).

Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafi`i daripada kitab Tohfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatuth Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.

U
suluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.

Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul ‘Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.

Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath daripada Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang cemerlang lagi terbilang) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.

Rabu, 04 Maret 2009

Kalimah ajal semakna dengan na’am

Kalimah ajal semakna dengan na’am, yang fungsinya sebagai jawapan atas suatu pertanyaan. Al-Akhfasy berpendapat, bahawa ajal ( أَجَلْ ) lebih utama digunakan sebagai jawapan membenarkan (Tashdiq) disbanding na’am, sementara na’am lebih utama digunakan dalam suatu jawapan dari istifham (meminta kefahaman). Jika anda ditanya: Anda akan pergi ? maka jawapannya adalah ajal (benar). Dan jika anda ditanya, apakah anda pergi? Maka jawapan anda : na’am (betul).


Jadi kalimah ajal adalah suatu bentuk jawapan membenarkan berita yang diucapkan penayanya. Adapun na’am merupakan jawapan dari pertanyaan orang yang meminta kefahaman. Ibnu Hisyam menambahkan satu fungsi bagi jawapan ajal, iaitu sebagai wa’ad (ancaman). Demikian itu, terjadi bila ada suatu perintah atau ungkapan yang semakna atau seerti dengannya, seperti : اضْرِبْ زَيْدًا ( Pukullah Zaid ), maka jawapnya: ajal.

Thoharah

THOHARAH

1- SOALAN :

Bagaimana hukumnya air banyak (dua qolah atau lebih) yang kejatuhan najis kemudian sebahagian berubah, sebahagian tidak?

JAWAPAN :

Air yang berubah hukumnya najis, sedangkan yang tidak berubah hukumnya suci kalau air tersebut ada dua qolah.

Keterangan: Fathil Wahab juz 1 hal 4

وعبارته:

أما إذا غبر بعضه فالمتغير بنجس وكذا الباقي إن لم يبلغ قلتين. اﮪ

فتح الوهاب الجزء الأول ص 4


2- SOALAN :

Bagaimana hukumnya air sedikit yang digunakan untuk memelihara ikan dan ikan tersebut mengeluarkan kotoran didalamnya?

JAWAPAN :

Hukum air tersebut bernajis, akan tetapi dima’fu (dimaafkan) bila air tersebut tidak berubah dan pemelihara ikan tersebut memeliki tujuan (tidak main-main).

Keterangan: Kasyifatus Saja hal.20

وعبارته:

وخرج بالنجاسة النجس المعفو عنه كميتة لا دم لها سائل إلى أن قال ....وروث سمك لم يغير ولم يضعه عبثا. اﮪ

كاشفة السجا ص 20

3- SOALAN :

Ada orang yang berhadats memasukkan tangannya sebelum membasuh wajah ke dalam air sedikit (kurang dua kolah), bagaimana hukum air tersebut?

JAWAPAN :

Air tersebut tidak dihukumi musta’mal.

Keterangan: Fathil Wahab juz 1 hal 4

وعبارته:

ولو غمس المحدث يده في الإناء قبل غسل الوجه أو بعده وقصد الإغتراف لا يصير مستعملا. اﮪ

الأنوار الجزء الأول ص 6


Makmum Perempuan Terhalang Kelambu kain (kain tirai)

Makmum Perempuan Terhalang Kelambu kain (kain tirai)

Adalah sebuah mushola yang pembatas antara jama'ah lelaki dan perempuan menggunakan kelambu (kain) yang di pasang membujur dari barat ke timur, di mana hujung yang sebelah barat menempel pada tembok sebelah kanan mihrab (tempat khusus imam) yang menutupi pandangan pada imam. Selang beberapa waktu datang seorang yang mengatakan :"Solatnya makmum perempuan tidak sah dan kelambu bagian depan harus dibuka kira-­kira 0,5 m., agar dapat melihat gerakan imam dan, Wushul (sampai) padanya".

Pertanyaan :

1. Sahkah solatnya makmum perempuan ?

Jawab :

1. Khilaf, menurut Qaul Ashah[1] hukumnya tidak sah dan menurut Qaul Muqabil al-Ashah hukumnya sah.



Penalaran :

Solat berjam'ah dengan janji pahala yang berlipat-lipat adalah termasuk salah satu dari keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW., sebagaimana Shalat Jum'at, Idul Fitri, Idul Adha, dua solat gerhana dan lain-lain, yang tidak dianugerahkan kepada para Nabi dan umat sebelumnya. Nabi SAW. menunaikan shalat jama'ah dengan para sahabat dengan terang-terangan dan istiqamah (rutin) ketika di Madinah, setelah selama tiga belas tahun beliau dan para sahabat di Makkah menunaikannya secara sembunyi-sembunyi di rumah mereka masing-masing. Menurut Imam al-Munawi hikmah disyari'atkanya tidak lain adalah demi meningkatkan keharmonisan, keramahan, persahabatan. menjalin hubungan informasi, persatuan (ukhwah) dan kepentingan-kepentingan lain antara kaum muslimin, setiap kali mereka bertemu untuk menunaikan shalat, lima kali dalam sehari semalam. Selain dari pada itu, Imam Nawawi al-Bantani al-Jawiy, dalam karyanya Nihayah al-Zain, menyebutkan bahwa solat adalah laksana menu hidangan yang sangat istimewa dan akan lebih istimewa lagi kalau dinikmati secara bersama-sama (berjam’ah).

Pahala yang dijanjikan Allah pun tidak tanggung-tanggung. Nabi SAW. Bersabda :

عن نافع عن بن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ثم صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة (رواه مسلم)

Artinya :

Dari Nafi’ dari Ibn Umar RA. berkata : "Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjama’ah lebih utama dari pada solat sendirian dengan dua puluh tujuh

derajat. " (Hadis Riwayat Muslim)

عن أنس بن مالك قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صلى لله أربعين يوم في جماعة يدرك التكبير الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق (رواه أنس)

Dari Anas Ibn Malik berkata : " Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa solat (ikhlas) kerana Allah selama empat puluh hari secara berjama’ah dengan menemukan takbir yang pertama (takbiratul ihramnya imam) maka dicatat baginya dua kebebasan, bebas dari api neraka, dan bebas dari sifat munafik.” (Hadis Riwayat Anas)

ما من ثلاثة في قرية أو بدو لا تقام فيهم الجماعة إلا استحوذ عليهم الشيطان أي غلب فعليك بالجماعة فإنما يأكل الذئب من الغنم القاصية (رواه أبو داود والنسائي وصححه ابن حبان والحاكم)

Ertinya :

Tiada tiga orang dalam suatu desa atau lembah (tempat pemukiman orarrg baduwi) yang di dalamnya tidak didirikan solat jama’ah melainkan dikuasai oleh syaitan, maka ditetapkan untuk kamu (agar soat) dengan berjama’ah, kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang sendirian. (Hadis Riwayat : Abu Dawud, a!-Nasa’I dan disohihkan oleh Ibn Hibban dan Hakim)

Pada hakikatnya jama’ah adalah persambungan solat yang terjadi antara imam dan makmum. Syarat sahnya makmun mengikuti imam ada dua belas macam :

1. Niat mengikuti imam atau niat berjama’ah ketika takbir yang pertama.

2. Tidak mendahului imam.

3. Mengetahui gerakan imam, dengan cara :

a. Melihat langsung.

b. Melihat sebagian barisan di depannya.

c. Mendengar langsung suara imam.

d. Mendengar suara muballigh (orang yang menyambung suara imam).

e. Melihat atau mendengar suara rabith (orang yang berdiri di tempat tertentu agar ia

terlihat oleh makmum dibelakangnya).

4. Berkumpulnya imam dan makmum dalam satu tempat.

5. Mengikuti dengan menyesuaikan gerakan imam pada hal-hal sunnah yang dianggap

buruk ketika tidak mengikutinya.

6. Mengikuti imam dalam, gerakan dan ucapan dengan tidak menyamai atau mendahului

takhiratul ihramnya imam.

7. Tidak meyakini bahwa solatnya imam hukumnya batal.

8. Tidak bermakmum pada orang yang statusnya juga menjadi makmum.

9. Tidak didapati adanya imam adalah orang yang ummy (orang yang tidak boleh

membaca) sementara makmumnya adalah qari’ (orang yang mampu membaca).

10. Tidak didapati kekurangan imam dalam sifat alamiyah seperti adanya imam adalah

perempuan dan makmumnya lelaki.

11. Tidak bermakmum kepada oaang yang wajib mengulangi solatnya (i’adah)

sebagaimana orang yang tidak menemukan dua alat bersuci (faqid al-Thohurain).

12. Terdapat kesesuaian antara solatnya imam dan makmum. Oleh kerana itu, tidak sah

makmum solat istisqa’ dan imam shalat fardu.

Dari syarat-sahnya solat berjam’ah yang keempat, tentang tata letak imam dan makmum, terdapat perbezaan menurut klasifikasi (pengolongan) tempat pelaksanaan solat. Artinya pada tempat-tempat tertentu syarat sahnya berjama’ah terdapat perbezaan. Pemilahannya adalah :

a. Salah satu dari imam dan makmum berada di masjid atau semuanya berada di selain masjid.

Ada lima syarat yang harus ditepati oleh makmum:

1. Mengetahui gerakan imam.

2. Boleh sampai pada imam tanpa harus berliku-liku.

3. Jarak imam dan makmum tidak melebihi 300 dzira’ (hasta, ± @ = 18 inchi).

4. Tidak terdapat penghalang untuk melihat imam atau makmum di depannya.

5. Tidak ada penghalang untuk boleh berjalan menuju imam.

Pada syarat keempat dan kelima, terjadi perbezaan pendapat, menurut qaul ashah kedua syarat ini harus terpenuhi dan menurut muqabilul ashah cukup terpenuhinya salah satu dari dua syarat di atas.

حاشية إعانة الطالبين الجزء الأولى ص :٣٢ دار الفكر ٢٠٠٢م

حاصل الكلام على ما يتعلق بهذا الشرط أن لاجتماعهما أربع حالات الحالة الأولى أن يجتمعا في مسجد الحالة الثانية أن يجتمعا في غيره وهذه تحتها أربع صور وذلك لأنهما إما أن يجتمعا في فضاء أو في بناء أو يكون الإمام في بناء والمأموم في فضاء أو بالعكس الحالة الثالثة أن يكون الإمام في المسجد والمأموم خارجه الحالة الرابعة بعكس هذه ففي الأولى يصح الاقتداء مطلقا وإن بعدت المسافة بينهما وحالت أبنية واختلفت كأن كان الإمام في سطح أو بئر والمأموم في غير ذلك
لكن يشترط فيها أن تكون نافذة إلى المسجد نفوذا لا يمنع الاستطراق عادة كأن كان في البئر مرقى يتوصل به إلى الإمام من غير مشقة ولا يشترط هنا عدم الازورار والانعطاف ولا يكفي الاستطراق

من فرجة في أعلى البناء لأن المدار على الاستطراق العادي

b. Peserta jama’ah berada di masjid.

Tidak disyaratkan apapun kecuali makmum boleh sampai pada imam dengan cara yang boleh dilakukan manusia pada umumnya, walaupun dengan cara berliku­-liku dan membelakangi Qiblat. Hal ini kerana mengingat bahawa setiap masjid adalah dibangun hanya untuk mendirikan solat, sehingga Walaupun dalam keadaan di atas, keberadaanya masih mampu menjami'-kan (menyatukan) antara imam dan makmum.

فتح الوهاب بشرح منهج الطلاب الجزء الأولى ص : ١٦٦ دار الكتب العلمية ١٤١٨ ﻫ_

( و ) ثالثها ( اجتماعهما ) أي الإمام والمأموم ( بمكان ) كما عهد عليه الجماعات في العصر الخالية ولاجتماعهما أربعة أحوال أحوال لأنهما إما أن يكونا بمسجد أو بغيره من فضاء أو بناء أو يكون أحدهما بمسجد والآخر خارجة ( فإن كانا بمسجد صح الاقتداء وإن ) بعدت مسافة و ( حالت أبنية ) كبئر وسطح بقيد زدته بقولي ( نافذة ) إليه أغلقت أبوابها أولا لأنه كله مبنى للصلاة فالمجتمعون فيه مجتمعون لإقامة الجماعة مؤدون لشعائرها

فإن لم تكن نافذة إليه لم يعد الجامع لهما مسجدا واحدا فيضر الشباك والمساجد المتلاصقة التي تفتح أبواب بعضها إلى بعض كمسجد واحد وإن انفرد كل واحد منها بإمام وجماعة ( أو ) كان ( بغيره ) أي بغير مسجد من فضاء أو بناء ( شرط في فضاء ) ولو محوطا أو مسقفا ( أن لا يزيد ما بينهما ولا ما بين كل صفين أو شخصين ) ممن ائتم بالإمام خلفه أو بجانبه ( على ثلاثمائة ذراع ) بذراع الآدمي

( تقريبا ) أخذا من عرف الناس فإنهم يعدونهما في ذلك مجتمعين فلا يضر زيادته ثلاثة أذرع كما في

التهذيب وغيره

فتح العزيز شرح الوجيز الجزء الرابع ص : ٣٤٣–٣٤٤ المكتبة السلفية

الشرط الثاني الاجتماع في الموقف بين الامام والمأموم اما بمكان جامع كالمسجد فلا يضر فيه التباعد واختلاف البناء

(وقوله) في الكتاب اما بمكان جامع الي ان قال واختلاف البناء هذا كلام القسم الاول وأراد بكونه جامعا انه لابد وان يكون الامام والمأموم مجتمعين في الموقف علي ما ترجم هذا الشرط به ومن اسباب الاجتماع ان يكون الموضع مبنيا للصلاة فيكون جامعا لهما وان اختلف البناء وبعدت المسافة ولعله لو قال وهو المسجد بدل قوله كالمسجد لكان أحسن لان الكاف للتشبيه والتمثيل ولا مكان سوى

المسجد يكون جامعا

Dalam gambaran masalah imam dan makmum, berjama’ah dalam mushola yang tidak boleh dihukumi masjid maka menurut qaul ashah tidak sah, karena kelambu tersebut menghalangi pandangan makmum pada imam.

Menurut muqabil al-ashah dihukumi sah sebab masih boleh untuk sampai pada imam seperti dengan membuka kelambu tersebut.

مغني المحتاج الجزء الأول ص : ٢٤٩–٢٥٠ ﻫ_ /١٩۷۸م

فإن كان في بناءين كصحن وصفة أو بيت فطريقان أصحهما إن كان بناء المأموم يمينا أو شمالا وجب اتصال صف من أحد البناءين بالآخر ولا تضر فرجة لا تسع واقفا في الأصح وإن كان خلف بناء الإمام فالصحيح صحة القدوة بشرط أن لا يكون بين الصفين أكثر من ثلاثة أذرع والطريق الثاني لا يشترط إلا القرب كالفضاء إن لم يكن حائل أو حال باب نافذ فإن حال ما يمنع المرور لا الرؤية كالشباك أو يمنع الرؤية لا المرور كالباب المردود ( فوجهان ) أصحهما في أصل الروضة عدم صحة القدوة أخذا من تصحيحه الآتي في المسجد مع الموات





[1] Qaul Ashah adalah qaul yang terunggul dari persaingan ketat di antara beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni pada masalah yang ada, Ashhab al-Syafi'i berbeza pendapat, qaul yang paling unggul diungkapkan dengan ashah. (lihat : Mahalli Bi Hasyiah al-Qulyubi, juz 1: hlm 14, Dar al-Ihya’ kitabul al-‘arabiyyah”.)

- Muqabil ( lawan /bandingan) dari qaul yang disebut diatas, ia dianggap lemah (dho’if), akan tetapi masih boleh diamalkan secara individu kecuali qaul yang berlebel atau dho’ifun jiddan (sangat lemah) yang hanya boleh dijadikan sebagai sekadar wacana dan sama sekali tidak boleh diamalkan.


Qaul-Qaul Syafi'iyyah

Mengenali Qaul-Qaul yang terdapat dalam Mazhab Syafi’iyyah

Di kalangan Syafi'iyah, pada setiap kitab matan, syarh dan hawasyi karya fuqaha’ sekaliber Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam Ramli, Syaikh Zakaria al-Anshari, Syaikh Khatib al-Syarbini, AI-Mahalli dan yang lainnya, semuanya boleh dibuat pegangan.

Akan tetapi keberadaan yang kuat dan lemah qaul yang dihasilkan dari perpaduan antara dalil dan realita yang diolah dalam metodologi kecekapan keilmuan mujtahid, sangat bergantian. Muqallid tidak boleh sembarangan nggebyah uyah podho asine mengkonsumsi setiap qaul yang ditemukan. Qaul yang akan difungsikan untuk berfatwa dan memutuskan hukum dalam pengadilan harus bertendensikan qaul yang kuat, sedangkan qual yang akan digunakan untuk pribadi ada kelonggaran yakni boleh memakai qaul yang dha’if (lemah) selagi bukan qaul yang berlebel fasid (rosak) atau yang benar-benar dha'if. Hal demikian selagi bagi kaca niat mata awam sangatlah kabur, mereka tidak mampu memilih mana yang kuat dan mana yang lemah. Oleh karena itu tampillah mujtahid murajjih sebagai pihak yang bertugas menyeleksi tingkat-tingkat eksistensi qaul.


Berikut adalah beberapa istilah yang sering digunakan Ulama' untuk mengungkapkan qaul-qaul yang kuat.

1. Azhhar

Adalah pendapat Imam Syafi`i yang paling unggul dari persaingan ketat (qawiya al-khilaf) antara qaul-qaul beliau, yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mengeluarkan beberapa qaul. Masing-masing mempunyai landasan yang kekuatannya hampir berimbang, qaul yang paling kuat diungkapkan dengan azhar.

¬2. Masyhur

Adalah qaul yang paling unggul dari beberapa qaul-nya Imam Syafi’i dengan persaingan yang tidak begitu ketat. Yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mempunyai beberapa pendapat yang berbeza. Salah satu di antaranya - mempunyai landasan dalil yang sangat kuat, sedang yang lain dianggap kurang kuat. Qaul yang terkuat diungkapkan dengan istilah masyhur.

3. Jadid

Adalah qaul-nya Imam Syafi'i ketika beliau berada di Mesir. Yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mempunyai dua pendapat yang berbeza. Pendapat pertama ketika beliau masih berada di Baghdad yang diistilahkan dengan qaul qadim dan qaul kedua ketika beliau berada di Mesir, yang kemudian diistilahkan dengan qaul jadid. Dari dua pendapat tersebut yang diuggulkan adalah qaul jadid kerana merupakan pendapat yang telah diyakini oleh Imam Syafi'i.

4. Nash

Adalah qaul Imam Syafi`i di antara qaul para Ashhab-nya (Ulama' pengikut beliau). Yakni dalam menanggapi masalah yang berkaitan antara Imam Syafi'i dan Ashhab terjadi perbezaan pendapat. Qaul yang kuat adalah pendapat beliau, adapun pendapat para Ashhab yang dihasilkan dari ijtihad mereka atau dari hasil pengembangan qa’idah (kaidah) dan dhabit (batasan) yang telah diletakkan Imam Syafi`i ataupun hasil dari takhrij (hasil dari pengolahan nash) yang dilakukan Ashhab semuanya dianggap lemah (dha’if).

5. Ashah

Adalah qaul yang terunggul dari persaingan ketat di antara beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni pada masalah yang ada, Ashhab al-Syafi'i berbeda pendapat, qaul yang paling unggul diungkapkan dengan ashah.

6. Shahih

Adalah qaul yang dianggap benar dari beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni dalam menanggapi masalah yang terjadi, Ashhab mengeluarkan pendapat yang berbeda. Salah satunya mempunyai landasan yang dianggap benar yang diistilahkan dengan shahih, sedangkan yang lain dianggap fasid (rosak).

Minggu, 15 Februari 2009

Kenapa perlu-nya mempelajari ilmu nahwu & shorof ?

Kenapa perlu-nya mempelajari ilmu nahwu & shorof ?

Nahwu dan shorof merupakan bahagian dari ‘ulumul ‘Arabiyyah, yang bertujuan untuk menjaga dari kesalahan pengucapan mahupun tulisan.

Ilmu nahwu adalah ilmu yang membahaskan tentang aturan akhir struktur kalimah (kata) apakah berbentuk rafa’, nashab, jar, jazm,.

Sedangkan ilmu shorof adalah ilmu yang membahaskan tentang shighah (bentuk) kalimah Arab dan hal ihwalnya dari mulai huruf asli, tambahan, shohih, sampai kepada ‘illat-nya.

Dari kedua ilmu ini kita dapat memahami dan mempelajari teks-teks bahasa Arab yang termaktub dalam Alquran, Hadis, Syair-syair, serta qaul-qaul bijak para ulama’ terdahulu.

Sebagaimana telah berkata Umar bin Al-khathab: “Pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya bahasa Arab itu merupakan suatu bahagian dari bahasa kalian”

Seterusnya Imam Al-Qhazali berkata di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin:


“Sesungguhnya bahasa Arab dan Nahwu adalah suatu sarana untuk mengetahui Alquran dan sunnah Nabi s.a.w. Keduanya bukanlah termasuk ilmu-ilmu syar’i akan tetapi wajib hukumnya mendalami kedua ilmu tersebut kerana syar’iah ini datang dengan bahasa Arab dan setiap syar’iah tidak akan jelas kecuali dengan suatu bahasa”.

Maka dengan hal tersebut, bertetapanlah dengan sebuah kaedah fiqiyyah :

مَا لاَ يَتِمَّ الْواجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبُ

Ertinya: “Tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengannya, maka ia dikira wajib”.

Disini penulis menganjurkan kepada diri sendiri dan saudara/i seagama yang berada di dalam menuntut ilmu agar mempelajari ilmu bahasa arab yang diantara pokoknya yaitu ilmu Nahwu dan Shorof kerana ada beberapa alasan dan pertimbangan-pertimbangan dimaksudkan adalah seperti berikut:



Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan Hadits, di mana keduanya adalah primer (pokok) ajaran Islam dan kandungan kedua sumber ajaran Islam ini harus diamalkan. Sehubung dengan itu, terdapat juga kitab-kitab yang ditulis oleh Para ulama’ sejak awal perkembangan Islam, di mana kitab-kitab ini merupakan khazanah ajaran-ajaran dan ilmu-ilmu tentang islam dan sebahagian besar dari kitab-kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Untuk boleh mengamalkan, kandungan pokok dan cabang dari pecahan pokoknya ajaran Islam ini - terlebih dahulu- haruslah difahami. kerana pokok dan cabangnya berlaku di dalam bahasa Arab, maka haruslah dipelajari dan dikuasai ilmu tentang bahasa Arab, diantaranya ilmu Nahwu dan Shorof. Alasan penulis mengatakan begitu kerana masa sekarang banyak yang kurang faham dengan masalah –masalah agama disebabkan mempelajarinya dari buku-buku terjemahan yang terkadang-kadang masih banyak kesalahannya daripada teks asalnya sehingga menyebabkan kesalahan penerapan tersebut dalam kehidupan seharian.

Akan lebih baik bagi kita untuk mempelajari ilmu agama langsung dari sumber yang menggunakan bahasa arab, dan untuk boleh berbahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran kita harus melalui mempelajari ilmu Nahwu dan Shorof kerana keduanya adalah Bapa dan Ibunya ilmu. Sebagaimana kita ketahui dari ibarat :

* الصرف أم العلوم * والنحو أبوها

Hal ini memberi ispirasi bagi penulis, agar terus mendalami serta mengkaji ilmu Nahwu dan shorof dan ilmu yang bersangkutan dengan bahasa Arab agar diri dan lainnya boleh memahami agama dengan jelas dan benar. Mudah-mudah diberi Taufik bagiNYA kepada kita didalam mempelajari bahasa Arab diantaranya ilmu Nahwu dan Shorof serta hal yang bersangkutannya.
Template by : kendhin x-template.blogspot.com