Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Kamis, 29 Januari 2009

TANWIN

Tanwin

Tanwin menurut bahasa menurut bahasa bersuara, sedangkan tanwin menurut istilah adalah nun zaidah (tambahan) lagi mati yang berada di akhir kalimah isim dari segi ucapan tidak dalam tulisan.

Tanwin menurut ulama’ nahwu terbahagi kepada sepuluh bahagian, yaitu:

1. Tanwin tamkin, yaitu tanwin yang bertemu dengan sejumlah isim mu’rab munsharif selain jama’ mu’annats salim, seperti زَيْدٌ .

2. Tanwin tankir, yaitu tanwin yang bertemu dengan sejumlah isim mabni, sebagai perbezaan antara isim ma’rifah dan nakirah. Isim-isim yang dibaca tanwin tersebut berbentuk nakirah (umum), sama’i yang biasanya berada pada bab isim fi’il, seperti صَهْ , atau dalam bentuk qiyasi pada isim ‘alam yang diakhiri dengan lafazh waihi ( وَيْهِ ) , seperti سِيْبَوَيْهِ atau نِفْطَوَيْهِ .


3. Tanwin muqalabah, yaitu tanwin yang bertemu dengan jama’ mu’annats salim, seperti مُسْلِمَاتٍ .
4. Tanwin ‘iwadh, yaitu tanwin sebagai penganti dari jumlah, seperti ayat al-Quran وَأَنْتُمْ حِيْنَئِذٍ تَنْظُرُوْنَ. Tanwin pada kalimah hinaidzin tersebut merupakan pengganti dari jumlah حِيْنَ إِذْ بَلَغَتِ الرُّوْحُ الْحُلُوْمَ kalimah, seperti ayat قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ . Tanwin yang berada pada lafazh kullun adalah pengganti dari kalimah كُلُّ امْرِئٍ .

5. Tanwin ziyadah (tambahan), seperti ayat سَلاَ سِلاً وَاَغْلاَلاً , menurut qira’ah sebagai ulama yang membaca ‘salasila’ denagn memakai tanwin. Kalimah ‘salasila’ yang ditambahi tanwin tersebut untuk menyesuaikan dengan kalimah ‘aghlalan’ sesudahnya.

6. Tanwin taranum, yaitu tanwin yang bertemu dengan qafiyah muthlaqah (hidup), seperti ungkapan penyair:
أَقِلِّيْ اللَّوْمَ عَاذِلَ وَالْعِتَابَنْ وَقُوْلِيْ إِنْ أَصَبْتُ لَقَدْ أَصَابَنْ

“Sedikitkan wahai perempuan mencela dan menyalahkan kepada Adzil. Dan katakanlah: jika aku benar berarti ia juga benar”.

7. Tanwin hikayat, seperti ungkapan orang Arab: قَالَتْ عَاقِلَةٌ dibaca tanwin, yang asalnya adalah nam orang peempuan. Oleh kerana itu, sebenarnya ia adalah isim ghair munsharif dengan ‘illat ‘alamiyyah dan ta’nits, yang dijadikan sebagai hikayat dengan menggunakan sebuah ungkapan sebelum menjadi isim ‘alam.

8. Tanwin dharurat, seperti ungkapan penyair:

سَلاَمُ اللهِ يَا مَطَرٌ عَلَيْهَا وَلَيْسَ عَلَيْكَ يَا مَطَرَ السَّلاَمِ

“Wahai Mathar, kesejahteraan Allah semoga menaungi kekasih. Dan wahai Mathar, tidak ada kesejahteraan bagimu”.

Pada syair di atas, penyair membaca tanwin pada lafazh Mathar’ pada bahagian syatar awwal, sementara seharusnya ia dibaca mabni dhammah tanpa tanwin, kerana isim ghair munsharif.

9. Tanwin ghali, yaitu tanwin yang bertemu dengan qafiyah muqayyadah (mati), seperti ungkapan penyair :
قَالَتْ بَنَاتُ الْعَمِّ يَا سَلْمَى وَإِنِنْ كَانَ فَقِيْرًا مُعْدِمًا وَإِنِنْ

“Anak-anak perempuan bapak saudara berkata wahai Salma, jika ia seorang fakir miskin. Salma berkata : sekali pun fakir miskin”.

10. Tanwin syadz, seperti ungkapan orang arab, هَؤُلاَءٍ قَوْمُكَ dengan dibaca tanwin lafazh ‘haula’i sebagai bacaan syadz (cacat).

Rabu, 21 Januari 2009

SYEIKH YASIN AL-FADANI


Bernama lengkap Abu al-Faydl ‘Alam al-Din Muhammad Yasin ibn Muhammad ‘Isa al-Fadani. Ulama keturunan Padang. Mufti (pemberi fatwa) mazhab Syafi’i di Mekah, dan penulis beberapa literature khazanaha keislaman. Lahir pada tahun 1335 H. di Makkah. Menimba ilmu, mula-mula dari ayahnya sendiri; Syaikh ‘Isa al-Fadani, lalu kepada bapa saudaranya, Syaikh Mahmud al-Fadani.

Setelah itu melanjutkan pendidikannya di Madrasah Shawlahiyyah (1346H) dan akhirnya di Dar al-‘Ulum al-Diniyyah, Makkah (tamat 1353H). selain pendidikan formal, Syeikh Yasin juga banyak berguru kepada ulama’-ulama’ besar Timur Tengah. Diantaranya beliau belajar ilmu Hadist pada syeikh ‘Umar Hamdan, pada Syeikh Muhammad ‘Ali bin Husain al-Maliki, Syeikh ‘Umar Ba junaid, mufti Syafi’iyyah Makkah, lalu pada Syeikh Sa’id bin Muhammad al-Yamani, dan Syeikh Hassan al-Yamani. Dalam disiplin ilmu Ushul fiqh, beliau menimba ilmu diantaranya pada Syeikh Muhsin bin ‘Ali al-Palimbani al-Maliki (ulama keturunan Palembang yang tinggal di Mekah), Sayyid ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki al-Makki (ayah kandung Sayyid Muhammad ulama’ Sunni Kontemporer dari Arab Saudi) dan banyak ulama’ berpengaruh lainnya. Bahkan disebutkan bahawa jumlah gurunya mencapai kisaran 700 orang, lelaki mahupun perempuan.


Selama bertahun-tahun Syeikh Yasin aktif mengajar dan memberi kuliah di Masjidil Haram dan dar al-‘Ulum al-Diniyyah, Makkah, terutama pada mata kuliah ilmu Hadits. Pada tiap-tiap bulan Ramadhan selalu membaca dan mengijazahkan salah satu diantara Kutub al-Sittah (6 kitab utama ilmu Hadits). Hal itu berlangsung lebih kurang 15 tahun. Syeikh yasin juga menulis hingga mencapai lebih dari 60 buah, diantaranya ‘Al-Durr al-Mandlud Syarh Sunan Abi Dawud’ 20 Juz, ‘Fath al-‘Allam syarh Bulugh al-Maram 4 jilid, ‘Nayl al-Ma’mul ‘ala Lubb al-Ushul wa Ghayah al-wushul, ‘Al-Fawa’iad al-Janiyyah dan sebagainya, termasuk tulisnya tentang ilmu periwayatan hadits. Syeikh yasin wafat pada Juma’at 28 Dzul al-Hijjah 1410 H. dan dimakamkan selepas solat Juma’at di permakaman Ma’la , Makkah.

(Lihat dalam mukadimah al-Fawa’id al-Janiyah, dar al-Fikr, Beirut, Libanon, cet. 1, 1997, hlm 25.)

Senin, 29 Desember 2008

Ibnu Ajurum


Ibnu Ajurum

Dia adalah Muhammad bin Muhammad bin Dawud Abu Abdillah Ash-Shanhaji, dikenali dengan nama Ibnu Ajurum, yang ertinya menurut bahasa Barbar adalah orang yang fakir dan sufi. Dia seorang imam dalam bidang nahwu dan bahasa, seorang pengarang kitab Al-Muqaddimah, yang selanjutnya dikenal dengan Al-Ajurumiyyah.

Menurut riwayat, selama mengarang kitab ini, ia sentiasa mengadap kiblat. Ibnu Ajurum adalah kelahiran kota Fas (Fes) yang ahli juga dalam bidang ilmu hisab (matematika) dan faraidh. Dilihat dari isi kitab Muqaddimah-nya dapat difahami, bahawa ia adalah ulama’ nahwu mazhab Kufah.

Ibnu ajurum juga memiliki banyak kitab karangan dan nazham dalam bentuk bahar rajaz dalam bidang ilmu qira’at dan disiplin ilmu lainnya. Dia wafat di Negara Maghribi (fas) dan dikuburkan di pemakaman Bab Al-Jadid.

Syarah Al-Ajurumiyyah


Syarah Al-Ajurumiyyah adalah nama sejumlah kitab syarah (komentar) tentang kitab “Muqaddimah” Ibnu Ajurum, yang dikenali dengan nama kitab Al-Ajurumiyyah tersebut sangat banyak. Di antaranya karya abdul Malik bin Jamaluddin Al-Isfiraini, dikenali dengan nama Mala ‘Isham (1037H) ; Ahmad Abdul Qadir Al-Kuhani ; Hassan bin Ali Al-Kafrawi (1202H) ; Khalid bin Abdullah Al-Azhari (905H) ; Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) ; Abdurahman bin Ali Sahalih Al-Makudi (801 H) ; Hirah ; dan Mushtafa As-Saqa dan banyak lagi.

Imam Abu Muhammad Al-Baghawi

Imam Abu Muhammad Al-Baghawi

Imam Muhyi al-Sunah Abu Muhammad al-Husain Ibn Mas’ud al-Baghawiy. Wafat tahun 516H. seorang Mujtahid, sekaligus ahli dalam ilmu tafsir, hadits dan fiqh. Di antara karya beliau dalam fan tafsir adalah Ma’alim al-Tanzil serta syarh al-Sunnah dalam fan hadist sedangkan at-Tahzib, Dan Syarh al-Mukhtasar keduanya dalam fan fiqh. (Lih. Abu al-Faidl Muhammad Yasin al-Fadani dalam Al-Fawa’id al-Janiyyah 165, Dar al-fikr 1997).

Selasa, 23 Desember 2008

Assalamualaikum...

Ahlan Wasahlan Wa MArhaban Bikum Ila Sabilur_Rosyad.....
Template by : kendhin x-template.blogspot.com