Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Selasa, 02 Maret 2010

Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.

Oleh : al-fahdil Tuan Guru Abdul Rauf (pondok Tampin


Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.

Berkenaan kemusykilan terdapatnya dua qaul (pendapat) daripada Imam Syafie, sehingga ada dikalangan mereka yang membantah mengatakan palsu dakwaan para pengamal kenduri arwah mengatakan terdapatnya dua qaul atau pendapat Imam Syafie dalam masalah sampai pahala kepada mayyit?. Penjelasan terdapatnya dua Qaul atau dua pendapat yang diriwayatkan daripada Imam As Syafie rahimullahu ta’ala boleh kita telili didalam beberapa buah kitab Mazhab Syafie yang muktabar. Pendapat Imam As Shafie Rahimahullah telah dicatitkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, SYARAH MUSLIM, yang telah menjadi masalah kepada mereka yang kontra adalah seperti berikut:



“Adapun bacaan Quran , maka [Qaul Masyhur] dalam Mazhab Syafie, adalah tidak sampai………

Dalil Imam Syafie dan mereka yang sependapat dengannya ialah firman Allah (yang maksudnya),

" Dan seseorang tidak akan memperoleh melainkan pahala usahanya sendiri",

dan sabda Nabi SAW (yang maksudnya),

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh(laki-laki/perempuan) yang berdoa untuknya (si mati)."-- (An Nawawi, SYARAH MUSLIM, juz 1, hal. 90)”.


Jawabnya: Masalahnya, adakah kita telah memahami benar-benar peristilahan sesuatu qaum?, sehingga
dituduh qaum itu tak mengikut Imamnya sendiri?. Pokoknya adakah kita telah benar-benar memahami masyrabnya, mustalahahnya, thuruq khilafnya , selok-belok mazhab dan sebagai-bagainya berkenaan

sesuatu mazhab khasnya “MazhabSyafie”?.


Berkenaan 'qaul masyhur',tidaklah jadi masaalah dalam memahami persoalan ini, maksud 'masyhur' itu sendiri sebagaimana yang diistilahkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Minhaj beliau, dan telah disyarahkan(dihuraikan) oleh Syekh Ibnu Hajar dalam Tuhfah : Muka surat 84, juzuk 1, cetakan Daarul Kutub al Ilmiyah, tahun 1996 m.

( فَا المَشْهُور ) هُوَ الذَّى أَعْبَرَ بِهِ لاِءشْعَارِهِ بِخَفَاءِ مُقَابِلِهِ وَيَقَعُ لِلْمُؤَلِّفِ تَنَاقُضٌ بَيْنَ كُتُبِهِ فِى التَّرْجِيْحِ يَنْشَأُ عَنْ تَغَيُّرِ اِجْتِهَادِهِ فَالْيَعْتَنَّ بِتَحْرِيْرِهِ ذَلِكِ مَنْ يُرِيْدُ تَحْقِيْقَ الأَشْيَأَ عَلَى وَجْهِهَا.

Begini maksudnya:


“ Maka 'qaul masyhur', ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Nawawi) dengan nya, bagi tujuan memberitahu bahawa ada kesamaran muqobilnya (pertentangan), sesuatu pendapat (fatwa)tersebut. Dan bagi pengarang (Nawawi) ,terjadi pentarjihan yang berlawanan diantara kitab-kitab beliau, yang terbit (disebabkan) berubah ijtihad (samada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih). Maka hendaklah mengamat-amati dengan menghuraikan perkara tersebut atas mereka yang mahu ( yakni mampu) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya dengan ) mengikut jalan –jalan (kaedah) nya”.


Maksudnya : Qaul masyhur tersebut, boleh dibuat penelitian lagi oleh mereka yang mampu terhadap fatwa-fatwa mazhab yang kedudukkannya di tahap masyhur.Jelasnya , Qaul Masyhur adalah satu istilah yang dipopularkan oleh Imam Nawawi dan para Mujtahid Tarjih dikalangan Ulamak Mazhab ini. Bukan istilah Imam Syafie sendiri. Bukan juga seperti sangkaan mereka yang membantah dengan mengatakan “Qaul Masyhur” bermaksud qaul atau pendapat yang terkenal dari riwayat Imam Syafie. Menurut Imam Nawawi memang terdapat 2 Qaul disisi Imam Syafie dalam masalah ini jika dipandang disudut istilah “masyhur” yang dicatitkan disemua kitab –kitab yang menaqalkan masalah sampai pahala.



Cuba kita perhatikan apakah pengertian sebenar “Qaul Masyhur” disini?. Ini sebenarnya telah dijelaskan lagi dalam kitab Majmu' Kutubis Sab a'h al Mufidah, m.s. 34:

و قد تتبع من جاء بعدهما و بينوا المعتمد من غيره بحسب ما ظهر لهم.

“Waqad tatabba'a man jaa aa ba'dahuma kalamma huma wabayyanu al mu'tamad min ghairih bihasabi maa zho ha ra lahum”.



Ertinya: Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua Syekhul Mazhab(Rafaie dan Nawawi) oleh mereka (ulamak) yang kemudian , dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad (yg dipegang/ difatwakan) dengan yang tidak muktamad, dengan perkiraan (penilaian ) mereka.

Tamat



Maksudnya: Masih boleh berlaku penilaian semula terhadap pendapat atau pentarjihan yang telah dilakukan oleh kedua mahaguru mazhab ini ( Rafaie dan Nawawi) amnya dan khasnya terhadap qaul-Qaul Masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie r.a.


Ringkasnya, dalam masaalah ini, kita dapati sekalipun dikatakan Imam Syafie sendiri pada satu pendapat beliau meyatakan
tidak sampai sedekah bacaan alquran kepada si mati, ianya tidak lah qat'iy begitu saja untuk diwartakan sebagai fatwa mazhab Syafie. Sebab ianya adalah qaul yang “Masyhur” sebagaimana yang kita telah nyatakan. Ianya (method) ini, telah difahami dan diamalkan sebaik-baiknya oleh murid- murid dan pengikut-pengikut beliau berdasarkan wasiat beliau yg masyhur.Tak perlulah disebut di sini rasanya. Semua orang dah maklum apa wasiatnya. Lagi pula, kita dah nyatakan, fatwa-fatwa dalam mazhab adalah tersusun rapi , urutan tertib pemilihan sesuatu fatwa untuk diterima pakai dalam bidang mazhab ini diketahui oleh orang yang mempelajarinya mengkajinya secara mengakar umbikan kitab-kitab Mazhab. Contohnya, pemilihan kitab-kitab Nawawi . Mana yang didahulukan diantara kitab-kitab beliau. Istilah Sahih, Ashah , Masyhur , Qodim , jadid dan seterusnya adalah Istilah di Sisi Imam Nawawi dan para pentarjih fatwa dalam Mazhab ini. Kalau dikatakan mengapa pula begitu?. Sebabnya, telah diselidiki penyusunan kitab-kitab beliau dari berbagai aspek berdasarkan keteguhan dalil, tahqiq perbahasan, kesemua kitab dan fatwa tersebut, lalu hasillah tertib sebagaimana tersebut. Lantaran itu kita dapati pengikut mazhab Syafie dikalangan ulamaknya, mentarjihkan dan memu'tamadkan sampai pahala bacaan alQuran kepada mayyit. Jelasnya , mereka mentarjihkan dan memuktamadkan Qaul Imam Syafie Yang kedua. Oleh yang demikian tidak benarlah jika dikatakan hanya semata-mata Ijtihad pengikut Mazhab Syafie sahaja. Diantara mereka :Kalau mereka yang terdahulu dari Imam Nawawi: Imam Athobary , alMawardy, sebagai contohnya.Yang kemudian pula Imam AsSubky, Imam AsSayuthy dan lain-lain tak lupa juga Ibnu Abbdissalam dalam satu riwayat beliau merubah pendapatnya setelah wafat dengan dimimpikan orang berjumpa beliau dan beliau mengaku sampai pahala bacaan kepada arwah. Sekali lagi ditegaskan , bahawa
Masyhur adalah bermaksud pendapat yang kurang jelas Muqobilnya ( lawan atau sebaliknya) , bukan bermakna qaul yang terkenal diriwayatkan dari Imam Syafie . Maka bila disebut saja Qaul Masyhur , bererti lawan atau sebalik dari pendapat yang Masyhur tersebut adalah suatu yang tidak jelas kedudukannya. Maka di Tahkikkan oleh para ulamak kemudian selepas Imam Syafie. Ini membawa maksud memang ada qaul yang sebalik masyhur atau Muqobil Masyhur . Qaul Masyhur atau Muqobilnya memang kedua-duanya diriwayatkan dari Imam Syafie sendiri.

p/s : al-faqir hanya mengulangi posting dari blog pondok tampin, maklumat lanjut , rujuk di blog Pondok Tampin: http://pondoktampin.blogspot.com/search/label/Ushul%20Fiqh



Kamis, 11 Februari 2010

Gambar Rajah Kitab-Kitab Fiqh Mazhab As-Syafie

klik utk membesarkan


Assalamulaikum wrt.

Di atas adalah gambarajah silsilah kitab-kitab mazhab Imam Syafie rahimahullah yang dijadikan bahan rujukan untuk pengajian dan pengeluaran fatwa semenjak terasasnya mazhab Syafie hinggalah sekarang. ia diperkembagankan melalui jalur para ulama' yang mashyor yang mengikut mazhab imam as-Syafie rahimahullah. ini menunjukkkan keagungan mazhab imam syafi'e.

Semoga bersama-sama kita mengambil manfaat dan mengenali para ulama' dan kitabnya...serta isi kandungannya.. wallahu 'alam ..




Senin, 11 Januari 2010

Salasilah Berkembangnya kitab Qurrat Al-‘Ain.


Salasilah Berkembangnya kitab Qurrat Al-‘Ain.

Sebuah kebesaran bagi para ulama’ apabila penulisan kitab-kitabnya berlaku perkembangan. Kitab Qurrat al-‘Ain adalah merupakan kitab Fikih Mazhab as-Syafi’i yang berlaku pekembangan salasilahnya.

Kitab ini ditulis oleh al-’Allamah Zain al-Din ibn Abdul Aziz al-Malibari, ia merupakan seorang Ulama’ India Selatan abad ke-16. Dan kemudiannya beliau mensyarahkan tersebut yaitu Qurrat al-‘Ain , menjadi sebuah kitab yang diberi nama Fath Al-Mu’in. Walau bagaimanapun perkembangan kitab Qurrat al-‘Ain bertambah berkembang nilai ilmiahnya dan popular di Nusantara apabila seorang Ulama’ besar dari Nusantara (Indonesia) yaitu Syeikh Nawawi al-Banten (1316H) telah mensyarahkan kitab tersebut menjadi sebuah kitab yang diberi nama Nihayah al-Zain, kitab ini digunakan secara meluas dan rujukan bagi penuntut ilmu.

Di Makkah, dan sezaman Syeikh Nawawi al-Banten, tapi beliau berusia lebih muda dari syeikh Nawawi al-Banten, yang telah menulis hasyiyah secara meluas atas karya syarah al-Malibari yakni Fath al-Mu’in, menjadi karya yang lebih mashyor dan rujukan utama fikih Mazhab Syafi’i, yaitu kitab I’anah at-Tholibin. Kitab ini dikarang oleh seorang ulama’ bernama Sayyid Bakri bin Muhammad Syatha Al-Dimyathi, (maklumat lanjut mengenai pengarang dan riawat hidupnya, klik di link ini ).

Selain kitab I’anah at-Tholibin, terdapat juga karya kitab yang lebih sederhana (2jilid) daripada mengluaskan ilmu dari karya Fath al-Muin, yaitu kitab Tasyih Al-Mustafidin yang dikarang oleh seorang Ulama’ bernama ‘Alwi Al-Saqqaf, yang hidup dan mengajar sekitar tahun 1300 H. (1883M).

Dengan ini, menunjukkan bahawa karya-karya kitab Fiqh yang mempunyai kesenambungan mahupun rangkaian jalur salasilah kitab-kitab yang merupakan salah satu perkembangan Fiqh dan pekembagan tersebut melalui hasil penulisan para ulama’. Maka tidak dinafikan banyak karya besar kitab Fiqh Syafi’iyyah yang popular dan Mashyur masih tetap utuh diajar dan dipelajari dari kalangan ahli madrasah, pondok ataupun pasentren di Asia Tenggara dan menjadi sebuah karya utama dalam pengambilan hukum. Moga jasa dan sumbagan para Ulama’ yang berjuang ini mendapat kurniaan dan anugerah dari Allah S.W.T di hari akhirat kelak. Amiin..

Wallahu ‘alam .

Jumat, 11 Desember 2009

Mengenal Ulama' dan Kitab...itulah realitinya? pengarang kitab I’anah Ath-TholibinMengenal Ulama' dan Kitab...itulah realitinya? pengarang kitab I’ana


Kalau ada orang yang mengaku alim dalam ilmu fiqh, dan lebih khusus lagi dalam fikih Mazhab Syafi’i, tetapi tidak tahu kitab I’anah Ath-Tholibin dan pengarangnya siapa?, pengakuannya sangat patut diragukan. Mengapa? Kerana, kitab tersebut merupakan salah satu rujukan utama dalam fikih Syafi’i dan para penuntut ilmu di pasentren/ pondok. Sekurang-kurangnya tahu namanya. Sesungguhnya kitab ini merupakan kitab mashyor, meskipun tergolong kitab munculnya akhir kurun yang terkebelakang, yang lebih kurang berusia 130-an tahun.


Kitab I’anah Ath-Thalibin merupakan syarah kitab Fath Al-Mu’in. Kedua kitab ini termasuk kitab-kitab fiqih Syafi'i yang paling banyak dipelajari dan dijadikan pegangan dalam memahami dan memu­tuskan masalah-masalah hukum. Dalam forum-forum bahtsul-masail (pengkajian masalah-masalah), kitab ini menjadi salah satu kitab yang sangat sering dikutip nash-nash­nya. Kemashyoran kitab ini dapat dikata­kan merata di kalangan para penganut Madzhab Syafi'i di berbagai belahan dunia Islam. Kitab I`anah Ath-Thalibin adalah karya besar seorang tokoh ulama terkemuka Makkah abad ke-14 Hijriyyah (abad ke-19 Masehi), Sayyid Bakri Syatha.


Tokoh yang nama sebenarnya Abu Bakar bin Muhammad Zainal Abidin Syatha ini lahir di Makkah tahun 1266 H/1849 M. Ia berasal dari keluarga Syatha, yang terkenal dengan keilmuan dan ketaqwaannya. Namun ia tak sem­pat mengenal ayahnya, karena saat ia baru berusia tiga bulan, sang ayah, Say­yid Muhammad Zainal Abidin Syatha, berpulang ke rahmatullah. Sayyid Abu Bakar Syatha merupakan seorang ulama’ Syafi’i, mengajar di Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah pada permulaan abad ke XIV.

Sayyid Bakri Syatha meninggal dunia tanggal 13 Dzul­hijjah tahun 1310 H/1892 M setelah me­nyelesaikan ibadah haji. Usianya me­mang tidak panjang (hanya 44 tahun me­nurut hitungan Hijriyyah dan kurang dari 43 tahun menurut hitungan Masehi), te­tapi penuh manfaat yang sangat dirasa­kan urnat. Jasanya begitu besar, dan pe­ninggalan-peninggalannya, baik karang­an-karangan, murid-murid, maupun anak keturunannya, menjadi saksi tak terban­tahkan atas kebesarannya. Semoga Allah menempatkannya di surga.Kalau ada orang yang mengaku alim dalam ilmu fiqh, dan lebih khusus lagi dalam fikih Mazhab Syafi’i, tetapi tidak tahu kitab I’anah Ath-Tholibin dan pengarangnya siapa?, pengakuannya sangat patut diragukan. Mengapa? Kerana, kitab tersebut merupakan salah satu rujukan utama dalam fikih Syafi’i dan para penuntut ilmu di pasentren/ pondok. Sekurang-kurangnya tahu namanya. Sesungguhnya kitab ini merupakan kitab mashyor, meskipun tergolong kitab munculnya akhir kurun yang terkebelakang, yang lebih kurang berusia 130-an tahun.



Kitab I’anah Ath-Thalibin merupakan syarah kitab Fath Al-Mu’in. Kedua kitab ini termasuk kitab-kitab fiqih Syafi'i yang paling banyak dipelajari dan dijadikan pegangan dalam memahami dan memu­tuskan masalah-masalah hukum. Dalam forum-forum bahtsul-masail (pengkajian masalah-masalah), kitab ini menjadi salah satu kitab yang sangat sering dikutip nash-nash­nya. Kemashyoran kitab ini dapat dikata­kan merata di kalangan para penganut Madzhab Syafi'i di berbagai belahan dunia Islam. Kitab I`anah Ath-Thalibin adalah karya besar seorang tokoh ulama terkemuka Makkah abad ke-14 Hijriyyah (abad ke-19 Masehi), Sayyid Bakri Syatha.


Tokoh yang nama sebenarnya Abu Bakar bin Muhammad Zainal Abidin Syatha ini lahir di Makkah tahun 1266 H/1849 M. Ia berasal dari keluarga Syatha, yang terkenal dengan keilmuan dan ketaqwaannya. Namun ia tak sem­pat mengenal ayahnya, karena saat ia baru berusia tiga bulan, sang ayah, Say­yid Muhammad Zainal Abidin Syatha, berpulang ke rahmatullah. Sayyid Abu Bakar Syatha merupakan seorang ulama’ Syafi’i, mengajar di Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah pada permulaan abad ke XIV.

Sayyid Bakri Syatha meninggal dunia tanggal 13 Dzul­hijjah tahun 1310 H/1892 M setelah me­nyelesaikan ibadah haji. Usianya me­mang tidak panjang (hanya 44 tahun me­nurut hitungan Hijriyyah dan kurang dari 43 tahun menurut hitungan Masehi), te­tapi penuh manfaat yang sangat dirasa­kan urnat. Jasanya begitu besar, dan pe­ninggalan-peninggalannya, baik karang­an-karangan, murid-murid, maupun anak keturunannya, menjadi saksi tak terban­tahkan atas kebesarannya. Semoga Allah menempatkannya di surga.

Selasa, 13 Oktober 2009

Cara-cara Membaca Kitab


CARA-CARA PRAKTIS MEMBACA KITAB :

PENGUASAAN Nahwu, Shorof, I’lal, dan Qa’idah-Qa’idahnya.


Contoh: جَاءَ زَيْدٌ

1. زَيْدٌ kalimat apa ? Kalimat Isim.

2. Apakah tanda / alamat Isimnya? Tanwim.

3. Apakah ‘irobnya ? Rafa’

4. Kenapa ? Kerana menjadi fa’il dari fi’il جَاءَ.

5. Apa ‘alamat ‘irobnya ? Dhommah.

6. Kenapa? Kerana Isim Mufrad.

7. Jika boleh di tashrif, maka harus di tashrif , زَادَ يَزِيْدُ زَيْدًا

8. Kemudian bina’nya apa ? Ajwaf Ya’ i.

9. Ikut wazan apa dan muthobaqah-muthobaqahnya?

فَعَلَ – يَفْعِلُ – فَعْلاً / فَعْالَةً الخ – سَارَ – يَسِيْرُ – سَيْرًا الخ.

سَارَ asalnya سَيَرَ mengikut wazan فَعَلَ ya’ nya diganti alif kerana ia berharokat dan huruf sebelumnya berharokat fathah. (berdasarkan qa’idah : Tentang mengantikan wawu dan ya’ dengan alif apabila ada wawu dan ya’ berharokat dan huruf sebelumnya berharokat fathah, maka wawu atau ya’ itu harus di ganti alif.)

10. Jika terkena I’lal, maka harus di I’lal?

زَادَ أَصْلُهُ زَيَدَ عَلَى وَزْنِ فَعَلَ قُلِبَتْ اليَاءُ أَلِفًا لِتَحَرُّكِهَا وَانْفِتَاحِ مَا قَبْلَهَا فَصَارَ زَادَ

11. Kemudian di sempurnakan dengan Qa’idah daripada matan al-Alifiyyah Ibn Malik, Halaman 215 فصل في اجتماع الواوِ والياء إلخ.

مِنْ وَاوٍ أَوْ يَاءٍ بِتَحْرِيْكٍ أُصِلْ أَلِفًا ابْدِلْ بَعْدَ فَتْحٍ مُتَّصِلْ




Rabu, 01 Juli 2009

KITAB-KITAB FIQH MAZHAB SYAFI’I Rhl.

KITAB-KITAB FIQH MAZHAB SYAFI’I Rhl.


Kitab Fiqih dalam Mazhab Syafi’i Rhl. Yang dikarang oleh Ulama’-ulama’ Syafi’i dari abad keabad adalah mewarisi pusaka ilmu, kitab-kitab tersebut dikarang oleh sahabat-sahabat Imam Syafi’i Rhl. (Ulama’-ulama’ pengikut Syafi’i) sudah demikian banyaknya. Hampir setiap ulama’ itu mengarang kitab Fikih syafi’i untuk dijadikan pusaka bagi murid-muridnya dan bagi pencinta-pencintanya sampai akhir zaman. Tidak terhintung lagi banyaknya kerana di antaranya ada yang tidak sampai ke tangan kita, tidak pernah kita melihat dan bahkan kadang-kadang ada yang tidak pernah didengari mengenai kitab-kitab dari segi nama kitabnya, pengarangnya, bahkan tidak mengetahui langsung tentang hal kitab dan para ulama’ bagi penuntut ilmu islam. Fenomena ini perlu kita sedari bahwa, hal demikian perlu diambil tahu dan peka bagi setiap penuntut ilmu dari siapa kitab menuntut ilmu, dan dari mana kitab mengambil rujukan hukumnya. Kerana dikhuatiri tiada panduan di dalam menetapkan hukum islam. Menjadi tanggungjawab kita mengetahui hal demikian moga-moga jelas hukumnya, dan benar pengambilannya.

Untuk diketahui lebih mendalam di bawah ini kami sediakan sebuah gambar rajah yang dapat mengambarkan situasi yang telah berlangsung dalam memperjelas, memperinci dan meringkaskan kitab-kitab Syafi’iyyah dari dulu sampai sekarang.

Keterangan :

1. Kitab-kitab Imam Syafi’i. “Al-Imla” dan “al-Hujjah” adalah kitab-kitab Qaul qadim yang digunakan lagi, kerana semua isinya sudah termasuk dalam kitab-kitab Qaul Jadid.

2. Kitab-kitab Imam Syafi’i yang diguna sebagai kitab induk adalah kitab Umm, Mukhtasar, Buwaiti dll.

3. Imam haramain mengikhtisarkan (memendekkan) kitab-kitab Imam syafi’i dengan kitabnya yang bernama “An-Nihayah.

4. Imam Ghazali memendekkan juga kitab-kitab Imam Syafi’i dengan kitab-kitabnya yang bernama Al-Basith, Al-wasith, Al-Wajiz.

5. Imam Ghazali juga mengikhtisarkan lagi dengan kitabnya yang bernama Al-Khulasoh.

6. Imam Rafi’i mensyarahkan kitab Imam Ghazali Al-Wajiz dengan kitabnya yang bernama Al-‘Aziz.

7. Dan Imam Rafi’i juga memendekkan kitab Imam Ghazali Al-Khulasoh dengan kitabnya yang bernama Al-Muharrar.

8. Imam Nawawi memendekkan dan menambah di sana sini kitab Al-Muharrar itu dengan kitabnya yang bernama MINHAJUT THALIBIN (Minhaj).

9. Kitab Imam Nawawi, Minhaj disyarahkan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dengan kitabnya Tuhfa, oleh Imam Ramli dengan kitabnya An Nihayah, oleh Imam Zakaria al-Anshori dengan kitabnya yang bernama Minhaj jug, oleh Imam Khatib Syarbaini dengan Mughni al-Muntaj.(Kitab-kitab tersebut dalam nombor 8 dan 9 ini banyak beredar di pasentren).

10. Dan Imam Rafi’i pernah mensyarah kitab karangan Imam Ghazali Al-Wajiz dengan kitabnya yang bernama Al-‘Ajiz.

11. Imam Nawawi pernah memendekkan kitab Imam Rafi’i denagn kitabnya yang bernama Ar-Raudhah.

12. Imam Quzwaini pernah memendekkan kitab Al-‘Ajiz dengan kitabnya yang bernama Al-Hawi.

13. Kitab Al-Hawi pernah diikhtisarkan oleh Ibnul Muqri dengan kitabnya yang bernama Al-Irsyad dan kitab al-Irsyad ini disyarah oleh Ibnu Hajar al-Haitami dengan kitabnya yang bernama Fathul Jawad dan juga dengan kitabnya yang bernama Al-Imdad.

14. Kitab Imam Nawawi bernama Ar-Raudhah pernah diiktisarkan oleh Imam Ibnu Muqri dengan nama Ar-Roudh dan oleh Imam mazjad dengan Al-Ubab.

15. Kitab Ibnul Muqri Al-Irsyad pernah disayarah oleh Imam Ibnu Hajar dengan kitabnya yang bernama Al-Imdad, dan dengan kitabnya bernama Fathul Jawad.

16. Kitab Ar-Roudh dari Ibnul Muqri pernah disyarah oleh Imam Zakaria Al-Anshori dengan nama Asnal Mathalib.

17. Imam Zakaria al-Anshori pernah mensyarah kitabnya yang bernama Al-Minhaj dengan kitabnya yang bernama Fathul Wahab.

Demikianlah keterangan ringkas dari jalur kitab-kitab dalam Mazhab Syafi’i yang sangat teratur rapi, yang merupakan suatu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain. (ibaratnya daripada penulis, ia bagaikan sebuah keluarga dari jalur keturunan).

Kemudian banyak lagi kitab-kitab fikih Syafi’i yang dikarang oleh Ulama’ mutaakhirin yang tidak tersebut dalam jalur ini kerana terlalu banyak, seperti kitab-kitab Al-Mahalli karangan Imam Jalaluddin al-Mahalli, Kitab Fathul Mu’in karangan al-Malibari, Kitab I’anahtut Thalibin karangan Said Abu Bakar Syatha dan lain-lain yang banyak sekali.

Dengan perantaraan kitab-kitab ini kita sudah dapat memahami dan mengamalkan fatwa fiqih dalam Mazhab Syafi’i secara teratur dan secara rapid an terperinci, yang kesimpulannya sudah dapat mengamalkan syari’at dan ibadah Islam dengan sebaik-baiknya.


Sumber Rujukan:
- Kiai.Haji. (K.H.) Siradjuddin Abbas, Sejarah & Keagungan Mazhab Syafi’i, Pustaka Tarbiyah baru, Jakarta,2007.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com