BICARA PENUNTUT BUAT PENUNTUT ILMU
AYYUHAT TULLAAB
Aku mahu berbicara kepadamu.
Sebagaimana aku berbicara pada diriku.
Aku dan kamu adalah at-Tullab (penuntut ilmu), sosok diri bagaikan seorang yang merintih peluh menanam tanaman. Adakah berhasil menuai atau tidak. Berkeja keras mencari hasil dari tanaman. Menunggu hasil dari tuaian.
Merenung dan mengingat kembali nasihat guruku kepadaku, agar diingat senantiasa di dalam qalbu. Boleh bicara dengan ilmu, boleh suka tanpa jemu, mengingat kembali kisah yang lalu, agar menusuk di dalam qalbu.
Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan terhangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.Nafsu sentiasa mencintai perkara yang di larang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi serta sibuk di dalam urusan menuju kepada Allah.
Nasihat guruku kepadaku, “Hang nak mengaji ni biaq la (biaq daripada istilah loghat utara maksudnya biar) tanam ilmu tu bukan sehari dua aja, kita nak tanam ilmu tu biaq la tumbuh bertahun abadnya, ibaratnya kita tanam pokok durian, boleh hidup berpuluh tahun, jangan tanam pokok biasa aja, tak sampai berapa lama waktu dah mati”.
Ibarat pokok durian membuatkan aku memahami pelbagai gambaran daripada sudut percakapan : “Aku mengistilahkan sebuah pokok yang kuat dan kukuh kondisi akarnya, seperti kuatnya pegangan ia dengan TuhanNYA, (Iman). Apabila akarnya kukuh dan membesar, ini melambangkan sesepohon pokok itu lebat rimbunannya, (Syariahnya diamalkan). Apabila sesepohon pokok itu lebat rimbunannya, ia melambangkan akan membuahkan hasil dari pokoknya, (akhlak dan tawasuf) . maka ia memanfaat pada sekaliannya penduduk bumi daripada makan hasilan tersebut. Bila ditabur benih di lautan, maka menjadi pulau, bila di tabur ia di dataran menjadi gunung ganang.
Aku mahu berbicara padamu wahai at-Tullab,
Kian banyak kita lihat dan renung orang yang mengaji agama hanya sekadar lepas batuk ditangga, ilmu tu tidak memberi kesan padanya. Kerana tiada pengamalan terhadap ilmu. Biar sedikit mengaji asalkan, diamalkan. Biar lama mengaji asalkan istiqamah dan ikhlas.
Setengah aku melihat dan merenung, dari rakan sekuliahku, membuat aku binggung memikir berpanjangnya, kemana mereka mahu sebenarnya, sosok dirinya tidak membuat menunjukkan ia orang yang menuntut ilmu, sosok fahamnya tidak melambangkan ia memikirkan agama. Tetapi ia belajar agama dan menanggung lencana seorang pembawa agama, adakah ilmu itu hanya sekadar mengaji pergi kuliah dan keluar kuliah itu memadai dikatakan orang pembawa ilmu, Ilmu agama itu ia meletakakn di sesuatu tempat, apabila keluar dari tempat itu, sudah tiada ilmu agamanya.
Terbaca aku akan ungkapan Syair Ahmad Syauqi (dengan julukkan amir syu’ara) ia seorang penyair yang lahir dan wafat di kairo, Mesir. Di antara Ungkapannya:
فَاطْلُبُوْا الْعِلْمِ لِذَاتِ الْعِلْمِ لاَ * لِشَهَادَاتٍ وَأَرَابُ أُخَرَ
“Carilah ilmu untuk ilmu itu sendiri, bukan untuk memperoleh ijazah dan tujuan-tujuan lain”Perbicaraan pendek aku ini hanya sekadar mengigatkan diriku sendiri, seseorang yang mengenal akan tuhanNya, maka ia akan mengenal dirinya , perjalanan kita sungguh jauh, masih buta dan rabun jalan lagi, perlu di pimpin oleh murabbi serta ulama yang benar, dalam menuju ke dentinasi. Bersabarlah dan mohonlah bersama agar diberi petunjuk dan kebenaran yang hakiki.
“Ya Tuhanku… jadikan kami sebahagian orang yang mendapat ilmuMu yang luas... Kuatkan kami dalam meneruskan dan mendalaminya (amalkannya)…. Sesungguhnya Hati ini senantiasa berbolak balik atas nikmatMu. “Wahai Tuhanku engkaulah tujuanku, keredhaa-Mulah tuntutanku, anugerahilahdaku kasih cinta padaMU dan sebenar-benar mengenaiMu, Ya Allah…. Ya Allah…. Ya Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar